Ringkasan berita: Sidang media Anwar Ibrahim sebaik dibebaskan dan diberi pengampunan penuh oleh Agong.

Ketika ditanya wartawan TV3, Anwar sempat bergurau menyuruh hadirin melihat kini beliau memberi peluang soalan pertama kepada TV3.

Untuk rekod dua hari lepas TV3 diarah membayar saman RM1 juta kerana memfitnah Anwar dalam isu Lahad Datu.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali pula selepas HARAPAN menubuhkan kerajaan berkata, kini rakyat boleh menonton TV3 kerana telah menyokong kerajaan semasa bukan lagi rejim BN.

KLIK VIDEO: Najib mula disiasat, puluhan kenderan polis ke rumah ambil dokumen

Segambut: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Tun Dr Mahathir tidak akan berjumpa dengannya jika kedua-dua mereka tidak mempunyai misi yang sama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui tidak lagi wujud persengketaan antara beliau dan Tun Dr Mahathir.

“Saya sentiasa ada mengikuti perkembangan dan ucapan politik Tun Mahathir yang kuat lagi menyentuh.

“I was there, right behind him. Seperti saya katakan saya dengan Mahathir we will have to move on.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan sedia ada pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya menyokong Tun Mahathir dan Wan Azizah sebagai rakyat biasa di Malaysia ini.

Anwar turut menyatakan beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik mengulangi dakwaannya bahawa beliau dihumban ke penjara atas alasan politik.

‘Secara peribadi saya tak berdendam dengan Najib tetapi berkenaan soal tekanan terhadap rakyat, salah guna kuasa itu hal lain,” kata Anwar.

Anwar juga mendedahkan bahawa tidak akan kembali ke arena politik secepat mungkin dan telah memberitahu Tun Mahathir bahawa tidak perlu baginya di dalam kabinet.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tatkala menggambarkan pengampunan penuh tanpa syarat dari agung sebagai membebaskan dirinya dari sebarang rekod tanpa secalit pun.

KLIK VIDEO: Najib mula disiasat, puluhan kenderan polis ke rumah ambil dokumen

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE