Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.

Pengumuman Kementerian Kewangan itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Kerajaan telah mengarahkan agar kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihentikan.

Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana kerajaan yang terdahulu telah mengutip jumlah kutip melebihi dari sepatutnya.

“Arahan telah diberi supaya kita tak kutip GST lagi dan cuba bayar balik kepada mereka yang telah membuat tuntutan kerana pihak kerajaan telah memungut lebih daripada yang perlu dibayar untuk cukai GST,” katanya lapor MalaysiaGazette ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan HARAPAN berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.

KLIK VIDEO: Najib mula disiasat malam pertama ramadan, puluhan kenderan polis ke rumah ambil dokumen

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE