Penyanyi Datuk DJ Dave enggan mengulas berhubung gambar tular yang memaparkan dirinya cuba bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dj Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah, 70, sebelum ini dilihat secara terbuka menyokong kepimpinan Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, lagu klasik Kawan Setia dendangannya turut dirakamkan semula dan digunakan sebagai lagu kempen Barisan Nasional (BN) menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Foto berkenaan mula tular dan menjadi bahan perdebatan netizen di laman sosial yang mempersoalkan pendirian politik penyanyi itu yang dilihat cuba beralih arah selepas kekalahan teruk Barisan Nasional.

Disebabkan perkara itu, ada yang menggelarkan Dj Dave sebagai lalang kerana bertukar angin setelah BN tewas pada PRU14 Rabu lalu.

“Saya tak nak jawab lagi mengenai isu ini. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi saya mengenai foto yang menjadi perhatian ramai itu.

“Sila tunggu penjelasan saya dalam masa terdekat,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu majlis sumbangan Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) di Hotel Seri Pacific, pada Selasa.

Sementara itu dalam majlis yang sama, seramai 15 artis veteran berusia 60 tahun ke atas menerima sumbangan berjumlah RM2,000 seorang bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Menurut DJ Dave yang juga pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), sumbangan berkenaan juga dianggap sebagai token penghargaan atas jasa mereka dalam bidang seni selama ini.

KLIK VIDEO: Najib mula disiasat malam pertama ramadan, puluhan kenderan polis ke rumah ambil dokumen

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share