Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin mengulas berkaitan dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah, pendakwa utama dalam kes Liwat II, yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan di Facebok beliau menulis: “Hari ini kita amat gembira dan bersyukur DSAI telah mendapat pengampunan dan telah dibebaskan. Namun ada lagi isu yang perlu rakyat tahu cerita sebenar.

“Perlu juga disiasat dakwaan Sarawak Report pembayaran RM 9.5 juta kepada Tan Sri Shafee dari dana yang ada kaitan dengan 1MDB!

Menurut Hanipa, penyiasatan itu telah pun dituntut oleh Majlis Peguam, dibangkitkan di parlimen dan dilaporkan pada pihak polis tetapi hasilnya tidak jelas.

“Kami, Pakatan Harapan, tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

“Namun mengambil kira tuduhan yang amat serius itu dan keperluan untuk rakyat ketahui cerita sebenar, maka amat wajar kerajaan Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab agar satu siasatan yang rapi, telus dan terperinci dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan serius itu.

“Allah lebih tahu,” tulisnya diakhir kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Shafie dilantik mengetuai pasukan pendakwaan pada 22 Julai 2013 untuk mengendalikan kes itu di Mahkamah Rayuan meskipun kebiasaannya kerajaan akan menggunakan pendakwa awam.

Pada 2014, kerajaan pimpinan BN memberitahu parlimen bahawa Shafee hanya dibayar RM1,000 bagi tugas itu.

Anwar kemudiannya memfailkan saman pemula untuk mengetepikan sabitan kes liwatnya berdasarkan dakwaan Sarawak Report, tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KLIK BACA: Anwar rayu hakim, saluran apa lagi untuk keadilan jika mahkamah tidak mahu…

Ulasan oleh penganalisis Shahbudin Husin: Walaupun skandal 1MDB mungkin merupakan kes yang rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk menyiasatnya, tetapi kes terdekat yang paling mudah dijadikan asas yang memungkinkan Najib ditahan ialah berkaitan kemasukan RM42 juta daripada SRC International, anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun peribadinya.

RM42 juta itu diakui sendiri diterima oleh Najib, tetapi beliau berdalih dengan menyatakan tidak mengetahui ia bersumberkan daripada SRC International kerana menyangka ia bersekali dengan dana RM2,600 juta yang kononnya diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Berikutan dana RM42 juta itulah juga dua pengarah SRC International, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil telah didakwa menghilangkan diri dan dipercayai masih berada di luar negara sehingga kini.

Najib dipercayai diberikan RM42 juta itu berikutan SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP yang dibawah selian Kementerian Kewangan. – Baca lanjut SINI 

KLIK BACA: Shafee berani nafi Sarawak Report dakwa terima wang dari Najib? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar cadang Sirul dibicarakan semula

DIKEMASKINI: Tun Mahathir lantik Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya SPRM

TERKINI: Bekas pegawai KHAS Najib ingatkan Dr Mahathir jangan liberal

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya penjara Anwar, sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share