Anak kedua Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar enggan mengulas spekulasi bakal dilantik menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

“Belum putus dan tak pasti lagi. Kita diam dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bekas calon di Dun Chempaka itu juga tidak mengulas lanjut berhubung persoalan tersebut biarpun nama beliau dikaitkan akan menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memfokuskan bidang agama.

Nik Omar yang pertama kali bertanding atas tiket PKR pada PRU14 tewas dengan pencabarnya, Ahmad Fathan Mahmood juga penyandang yang mengekalkan kerusi di kubu kuat Pas sejak 28 tahun lalu.

Nik Omar dalam ceramahnya menjelang PRU14 menyeru rakyat memberi masa dan ruang kepada kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat serta membuktikan yang terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, Husam Musa individu yang rapat dengan Nik Omar juga merupakan penyokong kuat HARAPAN dan Tun Dr Mahathir juga dipercayai akan diberi kedudukan dalam kerajaan HARAPAN.

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK BACA: Guan Eng geleng kepala terkejut lihat penyata akuan negara!!!

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK BACA: Disekat keluar – Najib bercuti dalam negara, sesuatu yang jarang kita dengar? – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share