Kerajaan HARAPAN pimpinan Tun Dr Mahathir digesa selain menyiasat 1MDB turut menyiasat skandal Scorpene dan Razak Baginda. – KiniTV Youtube

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata di saat kerajaan baru memberi tumpuan kepada kes 1MDB, ia juga perlu menyiasat kes kapal selam Scorpene dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kes itu juga melibatkan dakwaan penyelewengan wang kerajaan yang masih belum ditebus kembali.

“Saya memikirkan rasuah besar yang diperolehi dalam urus niaga Scorpene. Wang itu diperolehi melalui tindakan jenayah dan oleh itu perlu didapatkan kembali.

“Sama seperti Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB, Abdul Razak Baginda juga mempunyai hubungan yang sama dalam urus niaga Scorpene,” katanya kepada Malaysiakini dan FMT.

Gopal Sri Ram berpendapat, Abdul Razak Baginda perlu disoal siasat berhubung keadaan dan di mana dana itu pada masa ini.

Untuk rekod, Razak menjadi penasihat Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan antara 2000 hingga 2008.

Kapal selam termasuk dua buah model Scorpene dan sebuah model Agosta dibeli pada harga hampir 1 bilion euro (AS$1.18 bilion) daripada DCN yang dikaitkan dengan Thales.

Pada Ogos lalu, peguam hak asasi Perancis William Bourdon dilaporkan mengesahkan Abdul Razak didakwa di mahkamah Paris berhubung tuduhan menerima habuan daripada urus niaga itu.

Justeru, Sri Ram berkata kerajaan perlu melihat semula dakwaan itu ekoran dakwaan lain mengenai kes tersebut.

“Ia termasuk dakwaan penyerahan beg berisi wang tunai, ditambah dengan perbelanjaan di Paris serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” katanya.

KLIK BACA: Razak Baginda tak takut siasatan semula kerajaan Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK TERKINI: Dzulkifli Ahmad letak jawatan KP SPRM

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK BACA: Tony AirAsia jadi mangsa kerana tolak peletakan jawatan saya – Rafidah

KLIK BACA: PM Tun Mahathir mesti segera bawa balik Jho Low

KLIK BACA: Disekat keluar – Najib bercuti dalam negara, sesuatu yang jarang kita dengar? – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share