Najib Razak dan Rosmah Mansor selama ini terkenal menghabis masa bercuti di luar negara, terbang menggunakan jet eksekutif kerajaan. – Foto The Malaysian Insider

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan membuat pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai presiden Umno serta pengerusi BN semasa bercuti ke luar negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebelum Najib memuat naik status di Twitter untuk memaklumkan rancangannya bercuti di luar negara.

Sebentar tadi, Jabatan Imigresen Malaysia melarang Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Malaysia dengan nama mereka disenarai hitamkan.

Malangnya dengan keputusan terkini Jabatan Imigresen Malaysia nampaknya Najib terpaksa menghabiskan masa percutian kos rendah di dalam negara saja.

Ekoran pengumuman itu Najib berkata beliau menghormati arahan dikeluarkan kerajaan. dan berkata, beliau akan menghabiskan masa bersama keluarga di dalam negara saja.

Untuk rekod, percutian mewah Najib dan Rosmah yang paling diingati rakyat adalah pada Jun, 2017 ke Nusa Dua, Bali.

Portal FMT melaporkan sehari selepas menjadi hos rumah terbuka sambutan Aidilfitri peringkat Kabinet di Seri Perdana, Najib Razak berlepas bersama keluarga ke Bali, Indonesia, untuk bercuti 5 hari sebelum ke Australia.

Menurut The Jakarta Post (JP), dan mereka menginap di hotel termewah sama yang diduduki Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz, yang melawat pulau peranginan itu. – Majalah Review Malaysia – MRM

Nota Ana Ghoib: Yang sudah itu sudah – Alhamdulillah, syukur Najib dan Rosmah boleh berehat bersama di dalam negara menjimatkan kos dengan gaji PM yang kecil.

Moga pemimpin kerajaan baru HARAPAN juga melakukan hal yang sama berjimat dan merangsang pertumbuhan sektor pelancongan kos rendah dan sederhana di Malaysia.

Contohi JOKOWI yang hanya menginap di hotel 3 bintang dengan harga RM175 semalam sewaktu melawat Medan, Sumatera tahun lepas.

Azmin MB Selangor pun dah lama tak nampak terjun parit melakukan kerja pembersihan atau menabur baja di sawah padi Sekinchan.

Ingatlah ini pengajaran dan sebaik-baik pengajaran juga bayan [cerita] adalah di dalam Al Quran adakah kalian mengambil ibrah [pengajaran] darinya?

Firman Allah: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?

Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka. – (Al-Hadiid 57:16)

Ajaib dan Maha Halus perbuatan tuhan seperti dikatakan Nabi Yusuf a.s sewaktu terbebas dari penjara.

Kalian pemimpin Umno tak sangka akan diterbalik hukum oleh tuhan kita. Jika dahulu kalian pura-pura terbalik otak berpaling iman menjadi orang bermuka-muka – bilamana yang salah jadi benar – benar jadi salah – lagi menyalah gunakan istilah wala’ dan bai’ah juga menganiaya rakyat sesuka hati.

Benar kata TDM kamu akan jatuh bersama Najib. Allah menolong rakyat Msia melalui Tun M yang kalian ejek hina.

Bukan memuji atau membanggga diri tetapi sebaik Tun Mahathir dilantik Perdana Menteri dirasakan seperti baru terbebas dari penjara terbuka akibat ancaman Akta Hasutan, OSA, SOSMA, MKN, SKMM, Akta Berita Palsu….

Dua kali ke balai polis Maladewa hanya kerana laporan bodoh, jahat dan dengki perkakas MO1 lalu dibacakan kenyataan beramaran, diancam denda, harta disita, barang peribadi dirampas dan ugutan penjara 2 tahun hanya berkata perkara benar mengenai pengkhianatan MO1.

*Siapa boleh lupa pertimbangan penjara seumur hidup oleh Peguam Negara kepada sesiapa bocor rahsia kerajaan termasuk wartawan yang melaporkannya.

*Siapa boleh lupa yang bersalah dapat Tan Sri manakala yang melapor dihukum penjara.

*Siapa boleh lupa yang melapor 1MDB dilokap 3 bulan dan penangkapan bodoh Mat Despatch bukan buaya besar duduk di New York, Shanghai, Monaco…

*Siapa boleh lupa solat hajat berjemaah SPRM dengan tangisan selepas pegawai mereka sendiri ditangkap.

*Siapa boleh lupa ejeken Mahathir anak Kutty oleh orang yang selalu berlagak MEGAH kononnya PDRM, SPRM dan Imigresen di bawahNYA. Siapa?

*Siapa arah bunuh Altantuya? siapa?

Pendek cerita kepada pembaca atau yang terkesan mengenang perbuatan jahatnya sendiri, perkara terlaknat jangan lagi diulang dan jika benda atau tempat yang sudah mendapat cela Allah maka ia akan kekal terhina. Ini sunnatullah…

Tak perlu taubat Umno tapi tinggal kapal sertai Bersatu. Nama itu sudah rosak ditolak rakyat dan mungkin dibenci tuhan akibat perbuatan kalian sendiri.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB Hud’s bukan berita palsu tapi berita HAQ.

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK BACA: Arahan sekat Najib, Rosmah ke luar negara datang dari saya – PM Mahathir

KLIK VIDEO: Kita sekat beberapa orang, kami kini tiada Peguam Negara, kata PM Mahathir

KLIK BACA: Bekas KPN, Peguam Negara, Pengerusi SPR disiasat, SPRM dikaji – PM Mahathir

KLIK BACA: Jika undang-undang dapati Najib lakukan kesalahan dia berdepan tindakan – PM Mahathir

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share