Pengasas AMBANK Hussain Najadi bersama Tun Dr Mahathir pada 21 April 2011 di pejabat beliau di Menara Berkembar Petronas KLCC. – Foto Pascal Najadi

Pascal Najadi, anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas AmBank yang maut ditembak di Kuala Lumpur meminta Perdana Menteri baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggantikan Datuk Seri Najib Razak membantu menyelesaikan kes pembunuhan bapanya pada tahun 2013.

Pascal Najadi di laman Facebook beliau hari ini membuat rayuan kepada rakyat Malaysia juga secara khusus kepada Tun Dr Mahathir agar menyelesaikan kes tersebut.

Pascal yang kini menetap di Moscow menulis: “Congratulations to Tun Mahathir for saving Malaysia.

Dear Dr. Mahathir, please help to fully investigate the Assassination of my late father Hussain in Malaysia whom you have met many times since my father landed in 1974.”

Untuk rekod, Allahyarham Hussain yang ketika kejadian berusia 75 maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh pembunuh upahan, semasa berjalan ke arah kereta di luar sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Berkaitan Pascal Najadi, portal Sinar Online pada 6 Jun, 2017 melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh Nik Nazmi membuat laporan polis berhubung artikel yang ditulis Sarawak Report yang bertarikh 1 Jun 2017 bertajuk:

1 – “Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund, Why”

2 – “Pascal Najadi – My Fury Over Najib’s Lawyer Shafee Abdullah”  – Sinar Harian.

Susulan laporan Sarawak Report di atas, Anwar telah menyaman Shafee dan Najib berhubung dakwaan pembayaran tersebut namun diketepikan. [Baca SINI]

Selain kes pembunuhan Hussein Najadi, kes model Mongolia Altantuya Shaariibuu turut masih misteri dan tidak diketahui motifnya.

Bagaimana pun baru-baru ini, Shaariibuu Setev bapa Altantuya dilaporkan oleh Malaysiakini sehari sebelum pilihan raya umum ke-14 telah menghantar mesej sama kepada Tun Dr Mahathir agar membantu menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.

Penyiasatan dan keputusan kes yang menyaksikan suspek dilepaskan, tertuduh melarikan diri juga jenayah yang didakwa oleh pihak berkuasa sebagai tidak memerlukan ‘motif’ membuat rakyat tertanya-tanya. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Razak Baginda tak takut siasatan semula kerajaan Mahathir

KLIK BACA: PM Tun Mahathir mesti segera bawa balik Jho Low

KLIK BACA: Disekat keluar – Najib bercuti dalam negara, sesuatu yang jarang kita dengar? – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jika undang-undang dapati Najib lakukan kesalahan dia berdepan tindakan – PM Mahathir

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share