Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr Mahathir dan Presiden Indonesia Joko Widodo [Jokowi]. – Foto oleh RedaksiIndonesia

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir atas kejayaan beliau dalam panggilan telefon rasmi dan berkata, hubungan kedua-dua negara akan kukuh di bawah pentadbiran baharu itu.

“Saya gembira mendengar bahawa proses demokratik di Malaysia berjalan lancar dan selamat.

“Saya percaya, di bawah kepimpinan Dr Mahathir, hubungan Indonesia dan Malaysia akan pulih lanjut dan berdoa beliau sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan mandat rakyat Malaysia,” kata Jokowi kepada Dr Mahathir dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump turut mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ketujuh Malaysia semalam.

Pemimpin AS itu juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana kempen pengundian aman walaupun dalam persekitaran penuh persaingan.

Dr Mahathir mengetuai pakatan pembangkang mencapai kejayaan bersejarah dalam pilihan raya kelmarin, menamatkan pentadbiran 60 tahun Barisan Nasional. Pemimpin Malaysia itu mengangkat sumpah jawatannya semalam.

Kenyataan dikeluarkan setiausaha media Rumah Putih lewat semalam berkata, AS berharap untuk bekerja sama rapat dengan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan keduanya. – Agensi

KLIK BACA: PM Mahathir: Agong sedia kurnia pengampunan segera kepada Anwar

KLIK BACATony Fernandes bukan pengkhianat, ditekan sokong, enggan pecat Rafidah – Syed Saddiq

KLIK BACA: Bekas KPN, Peguam Negara, Pengerusi SPR disiasat, SPRM dikaji – PM Mahathir

KLIK BACA: Jika undang-undang dapati Najib lakukan kesalahan dia berdepan tindakan – PM Mahathir

KLIK BACA: Bapa Altantuya hubungi Tun Mahathir sehari sebelum PRU14

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share