Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kemenangan berpihak kepada mereka walaupun keputusan rasmi PRU14 belum diumumkan pada ketika ini.

Beliau yang kecewa dengan kelewatan pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pada ketika ini kemenangan Harapan jauh meninggalkan BN.

“Saya percaya kami akan menang. BN jauh ketinggalan. Mereka tidak dapat bentuk kerajaan.

“Ini bukan berita palsu. Hari sudah lewat tapi keputusan rasmi masih belum diumumkan” katanya pada sidang media di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, malam ini.

Beliau berkata, walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, enam negeri antaranya Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah menjadi milik Harapan dan mungkin Sabah.

Dr Mahathir mendakwa gabungan itu telah memenangi lebih daripada 112 kerusi parlimen iaitu jumlah paling sedikit yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Kami perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Kini kelihatan kita telah mencapai lebih daripada (sasaran) itu dan mereka (BN) mendapat kerusi yang lebih kurang daripada apa yang kita perolehi,” kata Mahathir.

Calon PM HARAPAN itu diiringi pemimpin kanan lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Mahathir di dalam sidang medianya turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya melambatkan pengumuman keputusan rasmi mungkin dengan menolak menandatangani perakuan Borang 14.

DIKEMASKINI: Tun Mahathir: Saya angkat sumpah PM ke-7 hari ini.

KLIK BACA: Rakyat Malaysia sudah bersuara PRU14, tulis Khairy selepas pengumuman Tun M HARAPAN menang.

KLIK BACA: Bapa Altantuya hubungi Tun Mahathir sehari sebelum PRU14

MESTI BACA: Teks Penuh: Kenapa Tun Mahathir kata pilihanraya ke 14 tidak seperti PRU dahulu lagi? 

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi isu swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share