Shaariibyy Setev ayah Altantuya Shaariibuu menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa pesanan untuk rakyat Malaysia. – Foto Shaariibuu Setev

Dr Setev Shaariibuu sehari sebelum PRU14 menghubungi bekas perdana menteri yang juga pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir dengan mesej ringkas berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU), lapor Malaysiakini.

“Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini. Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini.

“Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.

6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini,” kata Setev yang turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.

Pada 2 Mei lalu, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan “tiada sebab munasabah untuk tindakan”.

Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.

Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendam dalam saman RM100 juta itu.

Setev dan [cucunya] dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.

KLIK BACA: Keputusan tak rasmi: Tun Mahathir kata HARAPAN sudah menang. 

MESTI BACA: Teks Penuh: Kenapa Tun Mahathir kata pilihanraya ke 14 tidak seperti PRU dahulu lagi? 

DIKEMASKINI: Ibu masih marah dengan abang Nik Omar, kata Nik Abduh ketika mengundi PRU14

KLIK VIDEO: Amanat Mahathir PRU14 pecah rekod 266,000 penonton, Najib cuma 700 orang

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi isu swasta tanah tentera

KLIK BACA: Pakar ekonomi kerajaan Pakatan Harapan akan betulkan sistem cukai Najib – Daim 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share