Nik Abduh bertemu dan bersalaman dengan abang ketiganya, Nik Adli (kiri) sebelum mengundi PRU14 di SMK Raja Sakti di sini hari ini.. – Foto Sinar Harian

KOTA BHARU: “Bonda masih marah dengan abang (Nik Omar Nik Aziz),” kata Nik Abduh mengenai hubungan ibunya dengan Nik Omar selepas abangnya menyertai pakatan pembangkang lapor BHOnline.

“Sejak penamaan calon saya difahamkan dia berada di markas pakatan pembangkang. Kami sekeluarga tidak pernah bertemu dan berhubung.

“Bonda sendiri (Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak) masih marah dengannya kerana menyertai pakatan pembangkang tanpa memaklumkan keluarga. Bonda sendiri sudah beberapa kali menolak permintaan Nik Omar dan melarang keras dia sertai pembangkang.

“Nik Omar seorang anak yang taat dan ini adalah kali pertama tindakan di luar jangkaannya dengan menyertai parti lain, ” katanya.

“Tindakan Nik Omar ini sudah melanggar adab paling besar dalam agama iaitu perlu patuh kepada ibu kerana redanya amat penting. Nik Omar nak dapatkan reda masyarakat dan dia dapat tapi apa guna tanpa reda ibu.

“Pada pandangan saya, dia perlu jumpa bonda minta maaf kerana bonda amat marah kerana tinggalkan perjuangan arwah ayah,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan Nik Omar bertanding di DUN Chempaka itu kerana beliau dicalon di Parlimen Bachok, Nik Abduh menolak alasan itu.

“Saya rasa tak, kerana itu adalah keputusan terbaik parti. Biarpun berdepan saingan sengit, saya rasa lebih bersemangat,” katanya.

Sementara itu BHOnline melaporkan Tuan Sabariah yang ditemui di pusat pembuangan undi sama, enggan memberi sebarang komen.

KLIK BACA: Berbanding Nik Abduh – Nik Omar dipuji bukan Islam dan melayu pesonanya persis Nik Aziz.

KLIK BACA: Keputusan tak rasmi: Tun Mahathir kata HARAPAN sudah menang. 

MESTI BACA: Teks Penuh: Kenapa Tun Mahathir kata pilihanraya ke 14 tidak seperti PRU dahulu lagi? 

KLIK VIDEO: Amanat Mahathir PRU14 pecah rekod 266,000 penonton, Najib cuma 700 orang

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi isu swasta tanah tentera

KLIK BACA: Mahathir serang Najib peribadi – Hadi Awang

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share