Tuan Sabariah Ishak, ibu kepada calon HARAPAN DUN Cempaka itu mengakui wujud persamaan antara anak beliau Nik Omar dan almarhum suaminya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dipaparkan dalam novel cinta berjudul Bidadari Dari Timur, karangan Annual Bakri Haron.

Anbakri mengesahkan novel berkenaan dikarangnya berdasarkan kisah benar dan mengakui mewawancara Nik Aziz dan isterinya untuk kajian novel tersebut, katanya kepada Malaysiakini.

Annual Bakri atau nama penanya Anbakri bercakap dalam video youtube berjudul ‘The return of “Nik Aziz”‘ hari ini, berkata, Datin Tuan Sabariah menyebutkan kata-kata itu di dalam novelet karangan beliau di halaman ke-47.

Dalam video berkenaan, Anbakri menyebutkan ayat-ayat pengakuan Datin Tuan Sabariah sebagai berikut.

“Di ruang dapur inilah tempat suamiku menelaah… Inilah perpustakaan kecil keluarga kami… Terus diletakkan kitab itu di tempat asalnya.

“Begitulah telitinya dan disiplinnya Tok Guru. Tidak pernah disepahkan-sepahkan kitab bacaannya di segenap ruang. Bukan itu sahaja, pakaiannya yang disarungnya akan dilipatnya sendiri.

“Sifat positif ini dapat kulihat mengalir dalam personaliti anak-anak kami terutamanya Nik Omar,” kata Anbakri ketika merujuk perenggan berkaitan calon PKR bagi Dun Chempaka itu.

Pengakuan Datin Tuan Sabariah mengenai Nik Omar dan Nik Abdul Aziz boleh dicapai pada minit ke-3:44 di dalam video berdurasi selama 7 minit 20 saat itu.

“Kenapa mesti Nik Omar yang disebut dalam buku ini? Jadi, Nik Omar itu seorang yang mempunyai karektor yang sangat teliti, cermat, berdisiplin orangnya, menyamai personaliti Tok Guru, ayahandanya sendiri.

“Itu pengesahan yang telah dibuat oleh Datin Tuan Sabariah. Dalam novel ini, muka surat 47,” kata Anbakri lagi.

Malaysiakini melaporkan Annual Bakri berkata, antara alasan beliau membuat pendedahan ini adalah disebabkan di luar sana, masih ramai orang yang berbicara mengenai persamaan perwatakan antara Nik Omar dan Nik Abdul Aziz.

“Jadi, seramai-ramai anak yang saya lihat, maka Nik Omar yang mempunyai kehampiran itu. Nilai persamaan yang sangat hampir,” katanya lagi.

Novelet itu ditulis Anbakri berdasarkan kisah benar percintaan bekas MB Kelantan bersama isterinya.

KLIK BACA: Bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14 – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Daim – PAS tumbang kerana Hadi, rakyat tak mati tanpa GST Najib

KLIK BACA: Najib agungkan sangat Transformasi kenapa? soalan maut pakcik dari Kedah

KLIK BACA: Najib burukkan Dr Mahathir di Sabah

KLIK BACA: Mahathir serang Najib secara peribadi – Hadi Awang

KLIK BACA: Kubur Nik Aziz dikunci, Mokhtar Senik suruh Dr Mahathir ziarah kubur sendiri

KLIK BACA: PM sementara Najib sudah boleh berkemas tinggalkan Seri Perdana, PRU14 tsunami rakyat kian pasti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share