Tun Daim Zainuddin tidak menolak kemungkinan Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang selepas 9 Mei nanti.

Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan yang memberi sokongan kepada Pakatan Harapan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.

“Hadi sendiri mengaku bekerjasama dengan Umno, ahli Pas keliru, orang muda mahukan kerajaan bersih dan bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya seperti dilapor Sinar Online pada Majlis Pakatan Harapan di Dun Chempaka di sini hari ini.

Bekas menteri kewangan Daim mendakwa, momentum dan sokongan rakyat menjurus kepada Harapan, manakala Umno sudah diketahui mempunyai masalah dalaman.

Daim berkata, beliau sama sekali tidak boleh menerima tindakan kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) meski mengakui pernah mencadangkan perlaksanaannya pada 1986.

Menurutnya, mekanisme GST sekarang bukan sahaja tidak membantu rakyat, malah membebankan orang ramai dengan kenaikan harga barangan berterusan.

“GST juga dilaksanakan negara lain, malah di Eropah kadarnya lebih tinggi, tetapi mereka tidak bising kerana kerajaan mengembalikan wang itu kepada rakyat dengan pelbagai pendekatan. Contohnya memberi pendidikan percuma.

“Tetapi di negara ia tidak berlaku, rakyat marah harga barangan naik. Kalau kita boleh 57 tahun hidup tanpa GST kenapa kerajaan dakwa kata kita boleh mati disebabkan tidak ada GST,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib akui atau nafi isu swasta tanah tentera

KLIK BACA: Pakar ekonomi kerajaan Pakatan Harapan akan betulkan sistem cukai Najib – Daim 

KLIK VIDEO: Ucapan Rais Yatim gesa muliakan Anwar, kenang jasa budi sambut pembebasan di penjara 6 jun.

KLIK BACA: Tun M bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14

KLIK BACA: Najib agungkan sangat Transformasi kenapa? soalan maut pakcik dari Kedah

KLIK BACA: Mahathir serang Najib secara peribadi – Hadi Awang

KLIK BACA: PM sementara Najib sudah boleh berkemas tinggalkan Seri Perdana, PRU14 tsunami rakyat kian pasti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share