Razak Awang Kechil ketika sedang bertanyakan soalan mengenai rancangan Transformasi Najib [TN5050] di ceramah Pakatan Harapan. – Foto Sinar Online

BALING, KEDAH – “Apa yang (Datuk Seri) Najib (Razak) agung-agungkan sangat tentang transformasi? Pak Ngah tak tau, tolong jelaskan!”

Sinar Online melaporkan soalan itu ditanya oleh seorang penduduk, Razak Awang Kechil, 69, yang mesra dipanggil Pak Ngah Razak kepada barisan penceramah Pakatan Harapan pada Program Sembang Santai di Kampung Charok Sikin, di sini semalam.

Menjawab soalan itu, seorang penceramah Harapan yang juga calon kerusi Parlimen, Mohd Taufik Yaacob menerangkan, tiada tranformasi dibuat pada zaman Najib.

Katanya, tranformasi sebenar dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir, dan rakyat kini sedang menikmatinya.

“Tiada satu apa pun perlu dibanggakan zaman Najib, segala projek mega zaman Mahathir, Universiti pun tak ada satu pun dibina ketika ini.

“Cuba tengok di Baling, banyak pembangunan dibuat pada zaman Mahathir. Jika ada dibuat zaman sekarang, tolong tunjuk?,” katanya.

KLIK BACA: Bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14 – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Daim – PAS tumbang kerana Hadi, rakyat tak mati tanpa GST Najib

KLIK BACA: Najib burukkan Dr Mahathir di Sabah

KLIK BACA: Mahathir serang Najib secara peribadi – Hadi Awang

KLIK VIDEO: Ucapan Nik Omar, Husam, Tun Mahathir gempur Kelantan

KLIK BACA: Kubur Nik Aziz dikunci, Mokhtar Senik suruh Dr Mahathir ziarah kubur sendiri

KLIK BACA: PM sementara Najib sudah boleh berkemas tinggalkan Seri Perdana, PRU14 tsunami rakyat kian pasti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share