Tonton video bagaimana lancar dan berfakta Nik Omar Nik Aziz menjawab soalan mengenai ekonomi Kelantan. – Video kredit Dzulkiply Harun

Nik Omar dalam ucapannya berkata, masalah pembangunan di Kelantan melibatkan golongan muda yang tidak memerlukan duit banyak, cuma menukar kerajaan negeri.

Pakatan Harapan pula dijelaskan oleh Nik Omar telah bersetuju memberi royalti minyak kepada Kelantan sekiranya berjaya menubuh kerajaan persekutuan.

Ucapan Nik Omar turut menyebut isu balak di Kelantan juga kemewahan pemimpin Kelantan.

Menyentuh mengenai mimpi seorang pemimpin PAS, Nik Omar sinikal berkata, jika pemimpin tersebut melihat kaki Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempang tidak sihat maka kaki yang sihat itu adalah kakinya. [Nik Omar]

Ucapan Nik Omar mendapat pujian seorang penonton di Youtube, Hadzal Hassim menulis: “Allahuakbar…Nik Omar saling tak tumpah membawa perwatakan arwah almarhum bapanya, Nik Aziz. Cara bercakap, isi kandungan ucapan, nada dan gaya semuanya sama. Senang telinga mendengarnya.”

Malaysiakini pula melaporkan Husam Musa membayangkan anak lelaki pertama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, sebagai calon menteri besar jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menguasai dewan undangan negeri (DUN) Kelantan minggu depan.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, rakyat Kelantan adalah manusia paling bijak berpolitik dalam negara ini kerana mahir menukar kerajaan apabila dirasakan langkah itu perlu diambil.

Bekas exco kanan Kelantan itu kemudian bertanya kepada orang ramai [*video 21:15] yang menghadiri majlis ceramahnya di Cherang dekat Kota Bharu itu: “Kali ini tuan-tuan nak pilih siapa? Nik Omar atau Nik Amar?”

Pertanyaan itu disambut dengan jeritan “Nik Omar!” daripada orang ramai yang berada di program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar berkenaan.

Kenyataan Husam itu merujuk kepada Nik Omar yang dipertaruhkan HARAPAN untuk merebut kerusi DUN Chempaka pada PRU ke-14 Rabu depan.

Nik Amar itu pula merujuk kepada timbalan menteri besar sementara Kelantan merangkap naib presiden PAS.

Mendengar teriakan orang ramai yang mahukan Nik Omar, Husam kemudian bertanya: “Jadi saya nak duduk di mana?”

“Saya akan pegang Malaysia,” tambahnya.

KLIK BACA: Kubur Nik Aziz dikunci, Mokhtar Senik suruh Dr Mahathir ziarah kubur sendiri

KLIK BACA: Kubur dikunci, Mahathir jelaskan ziarah pusara Nik Aziz dan Fadzil Noor tiada kaitan politik.

KLIK BACA: PM sementara Najib sudah boleh berkemas tinggalkan Seri Perdana, PRU14 tsunami rakyat kian pasti

KLIK BACA: GAMAK Nik Omar ceramah bersama Tun Mahathir penghina bapanya? – Dr Kamarul Zaman

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut, malu siapapun kerja kemungkaran – Sanusi Junid Bekas MB Kedah

KLIK VIDEO: Gabenor Bank Negara terbaik dunia – Zeti: Saya akan ditangkap jika sentuh akaun individu?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share