Pemimpin PAS menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melawat kubur sendiri selepas pintu pagar kubur Almarhum Nik Aziz dikunci warisnya. – Foto SantauBerapi Blog

Mokhtar Senik yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir cuba menziarahi kubur Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu pagi tadi.

Bagaimanapun lawatan itu dibatalkan selepas seorang anak bekas menteri besar Kelantan terbabit, Nik Adli, mengunci pintu masuk ke tanah perkuburan berkenaan.

“Ziarahlah Tun, sambil-sambil tu buatlah muka sedih. Pasti makin ramai yang akan panggil Tun dengan gelaran ayahanda dan bonda.

“Ziarah laa.. Tun akan dilihat benar-benar bertaubat dan insaf. Dan lebih insaf lagi kalau Tun ziarah kubur sendiri yang sedang menanti,” kata Mokhtar Senik dalam satu kenyataan di Facebook.

Mokhtar berkata, tindakan Dr Mahathir melawat kubur dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak mustahil juga beliau akan berangkat ke AS untuk menziarahi kubur seorang lagi bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Mokhtar yang menjadi calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar di Perlis berkata, apabila Dr Mahathir meninggal dunia nanti beliau sendiri akan melarang keras mana-mana orang yang ingin meletakkan batu nisan berupa seekor katak di atas pusara pengerusi HARAPAN berkenaan.

Nota Ana Ghoib: Satu kata ‘dengki’ hasutan Iblis Syaitan terhadap manusia, maka mereka membenarkan persangkaan Iblis. Berlakunya demikian kerana Allah mahu menguji hati mereka.

Besar sungguh jiwa Tuan Guru Nik Aziz semasa hidup dan lapang sungguh dada Nik Omar anaknya yang manis wajah lagi lembut tuturkata seperti DIPLOMAT [mengkagumkan] berbanding orang bermuka masam hati penuh syak berlagak angkuh juga benci perdamaian.

Rasulullah SAW bersabda: Orang muslim adalah saudara orang muslim, ia tidak boleh berbuat aniaya terhadapnya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu adanya di sini. Hammad mengatakan bahwa Rasulullah Saw. bersabda demikian seraya mengisyaratkan tangannya ke arah dadanya sendiri.

Dan tidaklah dua orang lelaki saling menyukai kerana Allah, lalu keduanya dipisahkan kecuali hanya oleh pembicaraan yang diutarakan oleh salah seorangnya, sedangkan si pembica­ra itu membicarakan keburukan, si pembicara membicarakan keburukan, si pembicara membicarakan keburukan. – [HR Imam Ahmad]

Firman Allah: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. – (An-Nisaa’ 4:114)

Firman Allah: Katakanlah [Muhammad] kepada hamba-hamba-Ku, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. – (Al-Israa’ 17:53)

FirmanNya: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. – (Az-Zukhruf 43:36)

Nota Ana Ghoib: Yang sudah itu sudahlah ulama PAS…salam dan sebarkan damai lebih utama fikirkan soal rakyat dari berteori dendam tak sudah mengingat perkara silam.

Bak kata pepatah Arab; tulis kesalahan orang itu di atas pasir.

Bukan susah mana pun politik kini cuma mahu tukar Perdana Menteri Bangsa Melayu yang memiliki polisi lebih baik – gagal atau berjaya maka Allah jualah yang menentukan. Kenapa berdengki-dengki melibat fardhu kifayah agama?

Susunan risalah nasihat – Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Tun M bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14

KLIK BACA: Tun Daim – PAS tumbang kerana Hadi, rakyat tak mati tanpa GST Najib

KLIK BACA: Najib agungkan sangat Transformasi kenapa? soalan maut pakcik dari Kedah

KLIK BACA: Najib burukkan Dr Mahathir di Sabah

KLIK BACA: Mahathir serang Najib secara peribadi – Hadi Awang

KLIK BACA: GAMAK Nik Omar ceramah bersama Tun Mahathir penghina bapanya? – Dr Kamarul Zaman

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut, malu siapapun kerja kemungkaran – Sanusi Junid Bekas MB Kedah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share