Presiden Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) [TDM, TUDM, TLDM] di bawah naungan pemerintahan agar mengundi dengan telus pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat termasuk anggota tentera memilih kerajaan yang bertanggungjawab, beramanah dan berintegriti.

“Sempena PRU14 ini, saya dengan penuh harapan menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah dapat menggalakkan anggota di bawah naungan dan pemerintahan Tan Sri, Datuk, Tuan agar dapat…

…membuang undi tanpa ada sebarang dorongan atau kekangan daripada mana-mana pihak. Mereka hendaklah diberi kebebasan untuk memilih,” katanya dalam satu surat yang dituju khas kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Dr Mahathir menulis, ATM merupakan organisasi yang terunggul di negara ini justeru, perlulah sentiasa didengari dan dilihat sebagai sebuah organisasi yang profesional selaku benteng terakhir bagi menjamin keselamatan dan pertahanan Malaysia.

“Saya menyeru agar warga angkatan tentera serta isteri masing-masing dapat membuang undi secara adil dan bijaksana demi keselamatan negara tercinta ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad semasa ucapan di Jelajah Kebangkitan Rakyat berkata, Putrajaya hasil kejayaannya membelanjakan berbilion ringgit tanpa berhutang berbanding pemerintahan Najib yang berbelanja besar namun hasilnya tidak kelihatan.

Menurut Tun Mahathir jika Najib berbangga dengan projek MRT dan LRT ianya hanyalah sambungan dari projek sebelum ini, maka tidak perlu fikir apa pun untuk melaksanakannya.

Tun Mahathir juga sekali lagi membangkitkan soal hutang negara dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion.

“RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. Ketika ditanya dari mana, dia kata derma daripada Arab. Arab mana yang cukup gila untuk buat demikian? Bill Gates pun tak beri sebanyak itu,” katanya lagi.

Jelasnya, dalam politik memang ada cerca dan memburukkan musuh, biar mereka kata apa sahaja, tapi paling utama bukan apa yang kita kata, tetapi apa yang kita laksanakan.

“Saya ada dengar ceramah Mat Sabu (Mohamad Sabu), dia kata dulu selalu kritik saya sebab belanja duit banyak, tapi hasil duit itu kita nampak.

“Mat Sabu kata, Putrajaya ada atau tidak? Jambatan Pulau Pinang ada atau tidak? Tapi Mat Sabu kata, duit RM42billion yang dibelanjakan 1MDB apa yang tuan puan dapat?

Tiada satu pun. Ada la juga, berlian dan beg tangan mewah,” katanya bekas perdana menteri itu yang turut mendakwa negara kini berhutang berbilion ringgit.

Dr Mahathir turut mengaku kesilapannya memilih Najib sebagai perdana menteri.

“Masa pilih dulu cukup baik. Tapi bila dah jadi perdana menteri, saya pula hendak ditangkap,” katanya. – MRM

KLIK BACA: GAMAK Nik Omar ceramah dengan penghina ayahnya? – Dr Kamarul Zaman

KLIK VIDEO: PRU14 kita nak undi parti bantu rakyat bukan pilih agama, kata Nik Omar dalam ucapannya di Putrajaya.

KLIK VIDEO: Mahathir label munafik pembohong besar, ini jawab Hadi Awang

KLIK VIDEO: Daim hentam GST Najib, zaman Mahathir tak pernah mencukai rakyat sedemikian rupa

KLIK VIDEO: Gabenor Bank Negara terbaik dunia – Zeti: Saya akan ditangkap jika sentuh akaun individu?

KLIK VIDEO: Tun M beritahu Najib ‘gadai minyak’ kepada rakyat Terengganu dalam Jelajah HARAPAN Dungun

KLIK BACA: Kenapa Tun Mahathir membisu debat kekayaan anaknya, cabar Zamil Ibrahim

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share