Najib Razak mencipta #TsunamiPHitnah. – Foto ihsan The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah khususnya menjelang PRU14.

Najib yang mencipta hashtag untuk itu #TsunamiPHitnah berkata, fitnah yang dilontarkan semakin berleluasa dan dahsyat, yang berupaya memporak-perandakan dan mampu membinasakan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia sejak sekian lama.

“Sebenarnya, sejak pilihan raya yang lepas sehingga kini, jika saya menyenaraikan setiap satu lemparan fitnah yang dibuat pembangkang, boleh jadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jumlah muka surat yang perlu diperuntukkan,” katanya menerusi catatan di blog rasmi beliau, www.najibrazak.com.

Mengulas lanjut, beliau berkata fitnah paling dahsyat yang pernah dilontarkan pembangkang ialah pada PRU13 kononnya 40,000 pengundi hantu dibawa masuk ke Malaysia dari Bangladesh menggunakan penerbangan khas untuk mengundi di kawasan tertentu; dan berlakunya ‘blackout’ di pusat mengundi.

Perdana menteri berkata, satu lagi fitnah yang begitu dahsyat dan keji dilakukan pembangkang adalah terhadap institusi yang menjaga kebajikan jemaah Haji Malaysia, bakal tetamu Allah di Tanah Suci.

Najib berkata perkara tersebut tidak diambil kira mahupun dipedulikan apabila pembangkang melempar fitnah Tabung Haji mengalami kerugian dan tidak mampu membayar semula wang pendeposit.

Menurutnya, apa yang dikongsikan hanyalah sebahagian fitnah yang dilemparkan pembangkang, termasuklah fitnah mereka terhadap beliau dan keluarga, kerajaan, institusi-institusi serta dana-dana pelaburan.- Bernama

Nota Ana Ghoib: Najib kamu sedang diuji dan jadilah kamu kecil berhina diri maka janganlah kamu pun membuat fitnah untuk dijadikan perisai fitnah.

Fitnah – contohnya gambar Altyantuya dengan Najib itu semua tahu ia gambar edit dan mungkin gurauan – begitu juga Bangladesh atau hantu mengundi juga ‘blackout’ hanya bahan jenaka membuat gempar perang saraf PRU.

Guna perisai fitnah urusan agama untuk diri sendiri isu Tabung Haji?

Sebenarnya dakwaan TH rugi bermula kerana mereka disuruh membeli tanah 1MDB pada harga mahal. *Beli mahal – tanah murah dari 1MDB tentulah rugi namanya.

Pembangkang bukan mencetus fitnah tetapi tuduhan bersama memberi amaran bahayanya tindakan TH terhadap wang bakal jemaah haji.

Ada satu tuduhan belum menjadi fitnah kerana tidak dibuktikan di mahkamah ialah isu derma RM2.6 bilion dan dakwaan batu permata merah jambu hadiah Jho Low kepada isteri MO1 yang belum dibuktikan.

Nabi Muhammad SAW menjadi sunah baginda apabila menerima berita belum sahih akan berkata, ‘kami tidak bersedia lagi menerima berita ini’ – bukannya baginda terus melabelnya sebagai FITNAH tanpa siasat dan dibuktikan sebagaimana tuduhan curang terhadap isteri baginda Syaidatina Aisyah r.a yang akhirnya terbukti fitnah apabila Allah menurunkan firman menerangkannya.

Oleh kerana Najib bukan Nabi dan Allah tidak akan menurunkan firman berkenaan tuduhan terhadap Najib maka jalan terbaik bagi Najib adalah ke mahkamah biar hakim yang dilantik dengan sumpah jawatan atas nama Allah menentukan.

Selagi semua saman terhadap Najib ditolak mahkamah selagi itulah kamu akan terkepung dan melalut-lalut dan tersasul mereka-reka cerita mengguna nas logik dan politik agama untuk membakulkan semuanya adalah fitnah untuk membersihkan memuji diri sendiri.

Firman Allah: Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. – (Al-‘Ankabuut 29:4-5)

(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam. – (Al-Jaathiyah 45:36)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s *Tunggu para hakim di Malaysia menamatkan semua tuduhan terhadap Najib dengan jujur atas nama Allah.

KLIK VIDEO: Tidak boleh tuduh seseorang pencuri kecuali ada bukti, kata Najib

KLIK VIDEO: Tun Mahathir jelaskan isu Najib dan negara kepada veteran ATM

KLIK VIDEO: Bekas tentera Nasri Mat Jusoh jalan kaki dari Kuantan ke Putrajaya simbolik ubah kerajaan pada PRU14

KLIK BACA: Hutang negara RM680 bilion, hapus tol hutang boleh cecah RM1 trilion, kata Najib

KLIK BACA:  Mahathir terlalu tua dan lemah tak layak jadi perdana menteri lagi, kata Kamarul Azman Habibur Rahman

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share