Raja Arab Saudi, Raja Salman melancarkan pembinaan ‘bandar raya hiburan’ di Qiddiya, Riyadh. – Foto ABS CBN News

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman melancarkan pembinaan ‘bandar raya hiburan’ di sini, sebahagian daripada siri projek mega dalam usaha negara itu untuk mempelbagaikan sumber ekonomi.

Menurut seorang pegawai, pembinaan itu membabitkan kawasan seluas 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh, menempatkan taman tema mewah yang bakal menyaingi Walt Disney, kemudahan sukan bermotor dan taman safari.

“Kemudahan itu menyerlahkan usaha gigih membangunkan beberapa projek gergasi untuk membantu pertumbuhan ekonomi secara langsung dan tidak langsung,” kata pegawai projek, Fahd Abdullah Tounsi.

Ketua Eksekutif Qiddiya, Michael Reininger berkata, beliau mengharapkan projek itu akan menarik pelabur asing terutama dalam sektor hiburan dan sektor lain, tanpa mendedahkan jumlah kos pembinaan.

Projek ini adalah sebahagian daripada ilham Putera Mahkota, Mohammed Salman yang menjadi ketua jurubina dalam usaha program pembaharuan Visi 2030.

Arab Saudi berjaya menarik pelabur dalam beberapa rancangan projek gergasi berteknologi tinggi yang sebahagian besarnya dibiayai hasil dana kekayaan negara itu. – AFP

KLIK BACA:  Mahathir terlalu tua dan lemah tak layak jadi perdana menteri lagi, kata Kamarul Azman Habibur Rahman

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE