BEIJING: China mendedahkan sebuah bangunan bersejarah yang menandakan kerja pembinaannya di kawasan Laut China Selatan yang dipertikaikan, termasuk pulau buatan yang berdepan pertindihan tuntutan, kata akhbar rasmi tentera China, hari ini.

Kerja pembinaan China membangkitkan kebimbangan di kalangan negara berjiran dan mencetuskan amaran di Washington terutamanya dengan pembinaan kemudahan tentera seperti lapangan terbang.

Namun, China berulang kali mempertahankan aktiviti itu sambil berkata ia mempunyai hak untuk membina apa saja yang dianggapnya wujud dalam wilayah China termasuk bangunan kemudahan awam seperti stesen cuaca dan pelabuhan perlindungan taufan.

Dalam satu laporan ringkas, akhbar People’s Liberation Army Daily berkata bangunan bersejarah itu didedahkan semalam di Fiery Cross Reef di Pulau Spratly, lokasi pembinaan salah satu landasan udara dan kemudahan tentera yang lain.

Laporan itu menambah, pembinaan bangunan itu adalah satu mesej jelas keazaman China untuk melindungi wilayah dan hak maritim kerajaan itu.

Baru-baru ini China melengkapkan latihan ketenteraan intensif di Laut China Selatan, lokasi yang turut dituntut Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

Taiwan turut menuntut sebahagian besar laut itu. – Reuters.

KLIK BACA BERITA BODOH:  Mahathir terlalu tua dan lemah tak layak jadi perdana menteri lagi, kata Kamarul Azman Habibur Rahman

KLIK VIDEO: Ceramah mantap calon PM ke-7 Tun Mahathir di depan ribuan rakyat pelbagai kaum di KL

MESTI BACA: Belum apa-apa DAP tunjuk belang umum calon Menteri Kabinet, yang lain pak angguk, kata Najib 

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

KLIK BACA: UMNO TERHARAM mungkin petunjuk Allah tanda kegagalan Najib yang tak boleh dimaafkan ahlinya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share