Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menawarkan cuti bersalin selama dua tahun  jika Pas diberi mandat mentadbir negara ini dan beliau diangkat menjadi perdana menteri.

Tawaran tersebut dinyatakan beliau semasa menyampaikan ucapan penerangan mengenai manifesto Pas Kelantan PRU14 di hadapan lebih 1,000 hadirin di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini lapor Sinar Online.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, walaupun diberikan cuti bersalin selama dua tahun, gaji hanya diberikan untuk tiga bulan pertama sahaja.

“Pada masa ini Kelantan tak boleh bagi cuti bersalin selama dua tahun kerana pekerja terikat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terutama kiraan untuk pencen.

“Jika Pas menang dan saya jadi perdana menteri, saya akan beri cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun,” katanya.

KLIK BACA: Najib cipta hashtag #TsunamiPHitnah, kononnya fitnah pembangkang tapi….

KLIK VIDEO: Bekas tentera Nasri Mat Jusoh jalan kaki dari Kuantan ke Putrajaya simbolik ubah kerajaan pada PRU14

KLIK BACA: Hutang negara RM680 bilion, hapus tol hutang boleh cecah RM1 trilion, kata Najib

KLIK BACA:  Mahathir terlalu tua dan lemah tak layak jadi perdana menteri lagi, kata Kamarul Azman Habibur Rahman

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share