Isu Hadi Awang mengaku memiliki sarjana bidang politik Islam berbanding Tun Mahathir yang berkelulusan doktor perubatan. – Foto Free Malaysia Today

Nota Ana Ghoib: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tersohor di pentas dunia atas kepintaran hujahnya menyebabkan beliau digeruni barat namun yang anehnya pihak barat tetap suka melabur di Malaysia terutama AS.

Beliau berani mempertahankan Baitulmaqdis, Palestin, Bosnia malah pernah mendesak Presiden Bush, PM Blair, PM Howard dibicarakan atas tuduhan jenayah perang.

Hanya apabila Dr Mahathir lantang mengkritik Yahudi maka Soros menyerang matawang ringgit namun beliau bertindak bijak atas nasihat Tan Sri Nor Yakcop menambat ringgit kepada dollar.

Nor Yakcop yang berjasa itu apabila disiasat RCI kerugian Forex [tulen rugi kerana perniagaan matawang bukan mencuri] pula terpaksa melepaskan jawatan di Khazanah pada era Najib.

Najib nampaknya lebih layak masuk universiti semula belajar bidang ekonomi bab kesan GST, 1MDB juga nilai ringgit serta politik dunia bab Saudi, Yemen, Rohingya dan Baitulmaqdis untuk teguh memperjuangkan sesuatu yang bermakna.

Manakala Hadi pakar politik Islam nampaknya hanya seperti pakar menentukan aqidah orang sehingga PAS diejek berpendirian taliban bahana keputusan politik yang pelik-pelik berlawanan pula peribadi pemimpin PAS dari imej Islam yang cuba ditonjolkan. – Sekian Nota

oleh Shahbudin Husin

Menjawab balik kritikan Tun Mahathir Mohamad bahawa dirinya tidak ada kepakaran dalam politik dan pentdabiran sehingga gagal memimpin Terengganu dahulu, sebaliknya dicadangkan lebih sesuai menjadi ustaz, Hadi Awang dengan bangganya menyatakan beliau ada kelulusan sarjana dalam politik Islam.

Saya ada sarjana dalam bidang politik Islam, sebab itu parti memberi kepercayaan untuk saya menjadi pemimpin dan Menteri Besar Terengganu, kata beliau.

Hadi juga menolak kegagalannya mentadbir Terengganu kerana beliau tidak ada kemahiran dalam politik dan pentadbiran negeri, tetapi melihatnya kerana ada campurtangan serta tekanan daripada kerajaan perseketuan ketika itu.

Sebelum ini, Hadi yang memulakan serangan kepada Tun Mahathir dengan mengatakan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu tidak sepatutnya kembali ke arena politik dengan bertanding di Langkawi, sebaliknya hanya sesuai menjad doktor di klinik 1Malaysia saja.

Tun Mahathir kemudiannya membalas balik dengan mengatakan Hadi juga sepatutnya kembali menjadi ustaz saja kerana gagal memimpin Terengganu dahulu.

Tetapi, beliau mestilah menjadi ustaz yang betul dengan tidak mengkafirkan orang, kata Tun Mahathir lagi.

Nampaknya tidak tahan dengan serangan balas Tun Mahathir yang mencadangkan beliau hanya sesuai menjadi ustaz saja, Hadi lalu tampil memberitahu kelulusan sarjananya dalam bidang politik Islam itu.

Dengan ini, Hadi menjadi orang kedua dalam politik Malaysia, selepas Ahmad Maslan yang menunjukkan kelulusan akademiknya apabila terlihat hampir kalah dan gagal dalam berhujah dengan orang lain.

Ahmad Maslan, dalam sekian banyak respon dan jawapannya yang dilihat tidak cerdik dan dikecam ramai, pada 2013 pernah mengatakan “saya tidaklah bodoh, CGPA saya 3.85.”

Bermakna Hadi dan Ahmad Maslan, meskipun berlainan parti dan dalam jawatan yang berbeza, mereka sebenarnya ada persamaan yang serupa.

Orang lain, terutama dalam bidang politik, meskipun ramai lagi yang berkelulusan tinggi, tetapi tidaklah sampai membangga diri seperti Hadi dan Ahmad Maslan itu.

Apakah kelulusan sarjana dan CGPA yang tinggi dalam pelajaran menjadikan seseorang itu bijak dalam kerjaya?

Dr. Puad Zarkashi pun ada kelulusan PhD, tetapi adakah beliau pernah terlihat cerdik, pintar dan pandai di mata umum?

Tun Mahathir hanyalah berkelulusan doktor perubatan saja, tetapi kerjaya politik dan pentadbirannya ketika menjadi Perdana Menteri, bukan saja cemerlang, malah mengkagumkan dunia.

Jadi, adakah Hadi perlu bangga dengan kelulusan sarjananya itu atau sepatutnya berada sedih kerana kelulusan sedemikian rupa beliau masih berbuat banyak hal yang tidak wajar seperti mengkafirkan dan membaruakan orang lain sesuka hati?

Begitukah akhlak seseorang yang ada kelulusan sarjana dalam politik Islam?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel pertama kali disiar di blognya adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

MESTI BACA: Belum apa-apa DAP tunjuk belang umum calon Menteri Kabinet, kata Najib 

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACA: Tun Mahathir mesti menang di Langkawi, Umno lama berkuasa ‘pemimpin lupa diri, bongkak dan bersifat yang tiada had’

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

KLIK BACA: UMNO TERHARAM mungkin petunjuk Allah tanda kegagalan Najib yang tak boleh dimaafkan ahlinya.

KLIK BACA: PM Mahathir tidak membazir, lagak sombong atau takbur dan pendengar suara rakyat

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share