Umno berdepan kemungkinan diharamkan dan pemerhati politik menyalahkan Presiden Umno Najib Razak. Barangkali ini petunjuk Tuhan ketika UMNO mempertikai Bersatu dan ROS pula sibuk mahu mengharamkan parti yang diketuai oleh Tun Mahathir, parti itu pula yang ‘terharam’ dengan sendirinya. – Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Apa pun hujah dan alasannya, kegagalan UMNO mengadakan pemilihan sehingga ia kini berdepan kemungkinan menjadi pertubuhan yang diharamkan, tidak lain adalah tanda gagalnya Najib Razak sebagai presiden parti itu.

Kegagalan ini tidak seharusnya dimaafkan oleh ahli-ahli UMNO kerana setelah beliau merosakkan imej parti dengan pelbagai perangai dan kelakuannya sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 2009, satu lagi kerosakan kepada nama baik dan imej parti telah diciptanya.

Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan kepimpinannya ialah pada 2013 dan berdasarkan perlembagaan parti itu sendiri yang mensyaratkan pemilihan mesti diadakan setiap tiga tahun sekali, pemilihan seterusnya perlu diadakan pada 2016.

Namun demikian, berdasarkan perlembagaan UMNO juga yang memberi peruntukan kepada parti itu menangguhkan pemilihannya sehingga 18 bulan, tempoh itu sepatutnya berakhir pada 19 April 2018 yang lalu.

Selepas tempoh penangguhan 18 bulan, tiada lagi peruntukan dalam perlembagaan UMNO yang membolehkannya menangguhkan pemilihan buat kali kedua atau melebihi tempoh 18 bulan yang ditetapkan itu.

Sesungguhkan peruntukan dalam perlembagaan UMNO adalah cukup jelas dan mudah difahami oleh sesiapa pun jua.

Oleh kerana UMNO gagal mengadakan setelah tempoh penangguhan 18 bulan itu berakhir, dari segi hukumnya, UMNO sudah terbatal atau terharam dengan sendirinya.

Dalam hal ini, ROS hanyalah badan kawal selia semata-mata dan yang benar-benar mengikat UMNO ialah perlembagaannya sendiri.

Bagaimana ROS boleh memberi penangguhan selama setahun lagi kepada UMNO untuk mengadakan pemilihannya sehingga 19 April 2019 adalah benar-benar diragui.

Dengan penangguhan yang dibenarkan oleh ROS sehingga 19 April 2019 itu bermakna UMNO sudah menangguhkan pemilihannya selama 30 bulan.

Adakah klausa yang mengatakan UMNO boleh menangguhkan pemilihannya sehingga 30 bulan?

Jika sesuka hati boleh ditangguhkan, apa guna UMNO ada perlembagaan yang mengatakan tempoh pemilihan hanya boleh ditangguhkan selama 18 bulan saja?

Najib sendiri sebenarnya sedar hakikat atau peruntukan dalam perlembagaan UMNO itu di mana ketika beliau mengumumkan penangguhan selama 18 bulan dahulu, beliau sendiri ada menyebut mengenainya.

Dengarkan kata-kata Najib itu di sini – https://youtu.be/Mk0mFJ9tZd0

Jadi, bagaimana Najib selaku Presiden UMNO boleh melanggar atau menodai perlembagaannya sendiri?

Memang sebelum ini UMNO pernah menangguhkan pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan, tetapi tidak pernah sesekali ia ditangguhkan melebihi tempoh 18 bulan itu.

Malah dengan UMNO bergantung kepada ROS berhubung penangguhan kali keduanya, ia sendirinya bermakna UMNO sudah tidak menghormati lagi perlembagaannya sendiri.

Kenapakah ini berlaku? Kenapa Najib takut mengadakan pemilihan sebelum tempoh 18 bulan itu berakhir?

Inilah satu lagi bukti kegagalan Najib yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana presiden UMNO sebelum ini.

Barangkali inilah juga petunjuk Tuhan kerana di sebalik UMNO sibuk memperlekeh kedudukan Bersatu dan ROS pula sama sibuk mahu mengharamkan parti yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad itu, parti itu sendiri yang terharam dengan sendirinya.

Perlukah pemimpin seperti ini terus diberi peluang menerajui negara?

Dalam pilihanraya 9 Mei ini pula, tidakkah boleh dianggap “haram” juga menyokong dan mengundi calon-calon daripada parti yang sudah haram?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

Nota Ana Ghoib: ZALIM teringat pemilihan Umno ditangguhkan manakala perhimpunan agung pula hanya Najib yang bercakap – Muhyiddin dihalang.

Zahid dan Hisham ketawa suka… apa nak jadilah kalian orang-orang tua melayu ini – apakah bercakap benar risikonya seperti kena gergaji kepala.

Taat setialah sampai akhirat kelak kalian akan tahu siapa dipihak benar dan salah.

Orang sombong di dunia kalau tak melutut di dunia pasti akan melutut di tebing neraka.

FirmanNya: Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah), ‘Apakah kamu menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

Mereka (yang disembah itu) menjawab, “Mahasuci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau (untuk jadi) pelindung, tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau); dan mereka adalah kaum yang binasa.”

‘Maka sesungguhnya mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kalian tentang apa yang kalian katakan, maka kalian tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak (pula) menolong (diri kalian); dan barang siapa di antara kalian yang berbuat zalim, niscaya Kami rasakan kepadanya azab yang besar. – Surat Al-Furqan, ayat 17-19

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

MESTI BACA: Belum apa-apa DAP tunjuk belang umum calon Menteri Kabinet, kata Najib 

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACA: Tun Mahathir mesti menang di Langkawi, Umno lama berkuasa ‘pemimpin lupa diri, bongkak dan bersifat yang tiada had’

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

KLIK BACA: PM Mahathir tidak membazir, lagak sombong atau takbur dan pendengar suara rakyat

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share