Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa melalui hantaran di Facebook memaparkan gambar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang berusia 93 tahun menutup mata.

Annuar berkata, sebaliknya masa berharga Dr Mahathir dihabiskan dengan mengata dan memfitnah orang manakala ajaran agama juga tidak lagi dipedulikan tanpa menyebut sebarang rujukan tetapi jelas merujuk kepada parti DAP dan PKR.

“Tidak salah beliau. Usia dan tenaga tidak mengenal siapa. Diberitakan beliau sering uzur, sering batuk-batuk, kadang kadang ingatan lupa, kadang kadang terlena.

Menunggu saat bukan saja dibuang padang malah mungkin dihadap ke pengadilan oleh kawan sepasukan… atau kembali dijemput Tuhan semesta alam.

“Tidak salah beliau. Beliau diberitahu kononnya ramai di belakang. Kononnya beliau berkuasa menukar kerajaan… kononnya beliau superman…

“Sepanjang hayatnya orang lain jua dipersalahkan. Qadha Qadhar tuhan tidak percayakan. Urusan agama ikut akal fikiran buat tafsiran….

“Semoga beliau diberi kesihatan. Semoga Allah kembalikan pada keimanan, tali Allah jadi pegangan… Amin,” tulis Annuar.

Thoha Putrajaya: Menyalahkan yg salah dan membenarkan yg benar, mengembalikan hak kepada pemilik dan tidak berlaku zalim.

Nota Ana Ghoib: Apabila skandal Perwaja timbul Eric Chia dibicarakan dan dihukum tiada apa hendak dilindungi tetapi skandal 1MDB Jolok ketua-ketua hipokrit parti melayu bermatian-matian mempertahankannya sampai sanggup menyentuh hal hidup mati membabitkan politik agama bukan atas neraca kebenaran tetapi kebathilan.

Hebat, sampai mendoakan pihak yang benar itu kembali kepada iman dan berpegang kepada tali Allah.

Ini mengingatkan Ana Ghoib kepada perbuatan Firaun menipu kaumnya yang taksub lagi kagum kepada harta juga kuasa bahawa konon dirinya dipihak yang benar dengan berkata:

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): “Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi”. (Ghaafir 40:26)

Inilah dikatakan tipu helah ‘pencuri jerit pencuri’.

Benarlah apa yang dikatakan Nabi Muhammad SAW bahawa di akhir zaman orang jahat berani melawan orang baik. *Itulah situasi yang berlaku kepada kebanyakan pemimpin melayu hari ini.

Perumpamaannya terdapat 3 hal tidak dapat lama disembunyikan yakni matahari, bulan, dan kebenaran.

Tanah dan orang Melayu siap-siagalah masa pancarobamu atau bencana kerana menyembunyikan kebenaran tentang Jolok si pelarian.

Hunaalikal walaayatu lillahil HAQ

FirmanNya: Kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat). – (Al-Kahfi 18:44)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Dituliskan dengan kebenaran pada 1 Syaaban 1439H.

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACA: Tun Mahathir mesti menang di Langkawi, Umno lama berkuasa ‘pemimpin lupa diri, bongkak dan bersifat yang tiada had’

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

KLIK BACA: UMNO TERHARAM mungkin petunjuk Allah tanda kegagalan Najib yang tak boleh dimaafkan ahlinya.

KLIK BACA: Bayar balik duit rakyat, Rafidah beritahu pemimpin Umno

KLIK BACA: PM Mahathir tidak membazir, lagak sombong atau takbur dan pendengar suara rakyat

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share