Buku ‘Mengapa Mahathir’ menjelaskan mengenai cadangan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 pengganti Najib Razak selepas PRU14.

oleh Akmal Haziq

Penulis buku politik tanah air, Ahmad Lutfi Othman berkata, ‘Mengapa Mahathir?’ adalah buku khas untuk menjawab pelbagai kekeliruan dan kemusykilan terhadap cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan ia dijangka berada di pasaran, minggu hadapan.

Sebagai penyusun buku berkenaan, Lutfi berkata, beliau terdorong untuk menyiapkannya walaupun dalam tempoh singkat ekoran bermacam-macam keraguan dan kerisauan yang timbul.

Bekas Ketua Pengarang Harakah itu baharu sahaja selesai menerbitkan buku setebal 525 halaman berjudul Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti, dan dilancarkan bersama Penasihat Umum dan Presiden Amanah pada 27 Mac lalu.

Dalam buku terbaharunya ini, Ahmad Lutfi menjelaskan, ia bukan mahu membersihkan segala rekod negatif Dr Mahathir sepanjang 22 pemerintahannya dahulu, tetapi menawarkan pencerahan agar pengundi dapat bertindak secara matang dan bijaksana dalam PRU14 bagi sama-sama menyelamatkan negara daripada rejim kleptokrat.

“Kita harus progresif membina semula masa depan negara. Perubahan hanya dapat dilakukan selepas Umno-BN ditumbangkan. Dan Dr Mahathir dirasakan boleh memberi sumbangan besar untuk membentuk kerajaan baharu Pakatan Harapan,” ujar Ahmad Lutfi.

Mengapa Mahathir? dijangka memasuki pasaran minggu depan.

Ahmad Lutfi Othman penulis buku, ‘Mengapa Mahathir?’ – Foto MalaysiaDateline

Banyak kajian pendapat awam, katanya, menunjukkan Dr Mahathir berupaya mencetuskan Tsunami Melayu, termasuk di kawasan desa dan pedalaman, juga penempatan Felda.

Penganalis politik hampir sepakat merumuskan bahawa selagi kubu tradisi Umno-Melayu, khususnya di kawsan luar bandar, tidak berjaya ditembusi, maka hasrat untuk membentuk kerajaan baharu sukar dicapai.

Ahmad Lutfi turut menjelaskan, selain daripada membahaskan persoalan mengenai penampilan semula Dr Mahathir, sikap Pas yang mahu menjadi kingmaker atau penentu, turut diulastokoh p

“Terus terang saya tolak idea Pas itu. Ia ibarat menjual undi penyokongnya yang mahu BN ditumbangkan,” jelas Ahmad Lutfi sambil menyeru penyokong itu mengundi Pakatan Harapan, bagi mengelak undi mereka daripada menjadi sia-sia begitu sahaja.

“Saifuddin membawa kisah-kisah menarik bagaimana detik-detik Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh berbaik-baik semula dengan Mahathir. Di samping itu, turut dihuraikan perbedaan dalam pengurusan politik kedua-dua negarawan itu,” kata Ahmad Lutfi.

Buku berjudul Mengapa Mahathir? Dan impian Pas menjadi Kingmaker dalam PRU14 itu juga mengundang beberapa penulis jemputan seperti Mohd Sayuti Omar, Lim Hong Siang dan Khalid Samad, selain hasil wawancara dengan Otai Reformis, Saari Sungib dan aktivis gerakan anak muda, Adam Adli Abdul Halim.

“Ada penyumbang yang tetap mengkritik keras Mahathir tetapi ia tidak pernah menghalang mereka daripada memberi peluang kepadanya, untuk bersama-sama menjatuhkan Umno-BN yang memerintah negara sejak 61 tahun lalu,” tambah Ahmad Lutfi.

Menyedari tempoh singkat untuk mengedarkan buku ke seluruh negara, menjelang hari mengundi, beliau mencadangkan agar pembeli memesan melalui pos, dengan menghubungi Luqman Hakim, 0192903291. – Sumber MalaysiaDateline

KLIK VIDEO: Ucapan pertama Tun Mahathir bakal PM bertanding PRU14 di Langkawi

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Rafidah soal LHDN jelaskan derma RM2.6 bilion Najib kalau benar dipulang mana bukti dan kena cukai atau tidak? 

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share