oleh Anwar Ibrahim

Sepertimana yang pernah saya ungkapkan dulu, jasad saya dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka.

Tidak bermakna bagi kalangan yang merasakan bebas tetapi hidup dengan permikiran terbelenggu, takut menyatakan yang hak dan menafikan rompakan besar yang berlaku seperti dalam skandal 1MDB dan Felda.

Saya ingin menyeru semua, terutama kalangan muda untuk tampil secara berani mendokong Agenda perubahan dan menyokong PH dalam PRU 14.

Inilah peluang terbaik untuk kita mengecapi udara bebas, peduli nasib rakyat yang kini terbeban dengan karenah harga barang yang meningkat akibat cukai GST.

Berilah peluang kepada PH mengendali negara dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Kecuaian dan keengganan kita bertindak sekarang akan memerangkap kita di bawah pimpinan UMNO-BN; yang terus angkuh dan meneruskan budaya memunggah kekayaan memperkaya golongan kecil pemimpin.

Dedak dan habuan hanya diedar menjelang PRU untuk mengekalkan kuasa.

Ayuh, marilah kita mara bersama menggunakan hak kita dengan bijak, menolak kezaliman dan rasuah pemerintah UMNO-BN , dan mengangkat martabat dan darjat bangsa dan negara Malaysia.

Anwar Ibrahim

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share