oleh Mohd Ali Hashim

Umno tersenyum lebar melihat Pas sendirian bersama Gagasan Sejahtera untuk menentang mereka. Lebih menggembirakan Umno dan BN apabila Pas tidak lagi bersama komponen pembangkang yang besar seperti Pakatan Harapan (PH).

Demikian dinyatakan oleh Ketua AMANAH kawasan Kulim-Bandar Baharu, Ustaz Othman Don semasa berucap dalam program Hi-Tea dan Dialog bersama penduduk di Terap, Serdang, Kulim-Bandar Baharu semalam.

Jelas beliau lagi, Umno dan BN sebenarnya menyedari seandainya Pas tidak berkongsi kuasa bersama dengan komponen yang lain, adalah sukar untuk meraih kemenangan.

Malah katanya, sebab itu jugalah Umno masih mengekalkan MCA, Gerakan, MIC dan komponen yang lain bersama BN.

“Namun begitu agak pelik apabila Pas merasakan mereka cukup kuat untuk menang tanpa mendapat sokongan masyarakat bukan Melayu samada komuniti Cina, India, Siam dan sebagainya.

“Gagasan Sejahtera itu pun hanyalah parti kecil sahaja jika mahu dibandingkan dengan BN yang mempunyai 14 komponen parti.

“Selama lebih 30 tahun saya bersama Pas, kini sukalah saya menasihatkan pimpinan mereka supaya muhasabah diri dan janganlah lagi bersekongkol dengan Umno dan BN, ” ujarnya.

“Semasa masih lagi berada dalam gabungan Pakatan Rakyat, Pas berjaya mendapat 14 kerusi dalam PRU 2013, ” tegasnya lagi.

Walau bagaimana pun dengan keengganan Pas untuk bersama dengan gabungan PH dalam PRU 2018, ia umpama menguburkan diri sendiri.

“Mereka lebih senang bersama dengan Umno dan BN menyokong dasar yang menekan rakyat.

“Bukan mereka tidak tahu bahawa mengenakan cukai kepada golongan miskin adalah satu kezaliman.

“Tetapi Pas turut menyokong kemungkaran yang sedang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap rakyat ketika ini, ” tambahnya lagi.

Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu, KC Yeo yang turut berucap pada majlis yang sama menyeru rakyat supaya menolak BN dalam PRU kali ini.

Katanya lagi, ramai pengundi dalam kawasan Kulim-Bandar Baharu adalah golongan miskin serta berpendapatan rendah.

“Apabila cukai GST dikenakan kepada golongan miskin, hidup rakyat semakin tertekan.

“Yang miskin bertambah miskin, yang hidup susah semakin melarat kerana dasar BN yang terus menekan rakyat.

“Oleh kerana itu menjelang PRU kali ini, kita harus tidak memberi sedikit pun ruang kepada BN untuk meneruskan polisi mereka menekan rakyat untuk tempoh lima tahun lagi, ” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu agar rakyat berani untuk membuat perubahan dengan tidak lagi memberi mandat kepada BN untuk menang sekali lagi dalam PRU yang akan datang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah bekas pemimpin PAS yang merupakan ketua pembangkang Dun Kedah Ir Amiruddin Hamzah dan kepimpinan PH Kulim-Bandar Baharu. – Sumber ihsan Portal AMANAH – MalaysiaDateline

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE