Pelakon dan pengacara TV Wardina Safiyyah Fadhullah membuat kenyataan berani mengenai pendiriannya terhadap kerajaan BN. – Foto Wardina Official Page Facebook

Wardina menggesa rakyat bangun membuat keputusan terbaik untuk kerajaan baru yang bakal memimpin Malaysia tidak lama lagi sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-14.

“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi.

“BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama,” kata selebriti 38 tahun itu.

“Saya mengakui terdapat orang yang baik dan jahat dalam parti. Terdapat juga orang yang begitu hebat dalam BN walaupun cuma sedikit.

“Saya juga mengagumi beberapa individu daripada BN dan terdapat beberapa karakter yang saya sangsi dalam Pakatan (Harapan).

“Malaysia, kita memerlukan pemimpin jujur. Mereka yang benar-benar mengambil berat danmereka yang mempunyai kelayakan.

“Saya sudah penat dengan pemimpin bodoh. Cukuplah dengan korupsi dan menjadikan diri kamu kaya-raya. Menyampah,” tulis pelakon yang berdarah Aceh itu.

Wardina turut menyentuh mengenai penjawat awam yang menerima kenaikan gaji tahunan baru-baru ini sebagaimana diumumkan Perdana Menteri.

“Kepada penjawat awam, bantu kami melakukan perubahan, jangan ditakutkan. Semoga Allah mempermudahkan.

“Harap tidak ada taktik kotor seperti membakar sentimen agama dan kaum serta fitnah melampau masa kempen.

“Letih,” tulisnya lagi.

KLIK BACA: Rafidah dedah Najib swastakan tanah tentera

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Ummi Hafilda sokong Tun Mahathir, bersama Azmin jatuhkan Najib

KLIK BACA: Di negara lain pemimpin seperti Najib sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno

KLIK BACA: Najib semakin ‘bahaya’ kepada masa depan negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share