Ummi Hafilda Ali bersama Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah dan Azmin Ali. – Foto FMT

Ummi Hafilda mengakui hubungan dengan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali renggang, tetapi mereka mempunyai matlamat sama, iaitu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Ummi berkata, konflik dengan abangnya perlu diketepikan demi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita jangan pandang yang negatif, pada masa air dicincang tidak akan putus, baik buruk dia tetap darah daging saya, saya tidak boleh buang fakta ini bahawa dia abang saya.

“Mungkin ada konflik di antara kami pada masa lalu, tetapi kita ketepikan semua itu sebab hendak jatuhkan Datuk Seri Najib Razak, sampai hari ini saya tidak baik dengan Azmin.

“Perkara itu semua orang tahu, tetapi perjuangan kita satu, untuk singkirkan Najib, kuburkan dan talkinkan Umno,” katanya selepas menghadiri program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di sini, hari ini lapor Free Malaysia Today.

Ummi berkata, beliau menyokong Dr Mahathir yang kini mengetuai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR, tetapi itu tidak bermakna beliau menyokong PKR.

“Saya tidak pernah kata saya akan menyokong PKR. Agenda hanya satu, untuk kuburkan BN dan saya hanya taat kepada sifu saya, iaitu Dr Mahathir,” katanya yang menawarkan diri untuk mengikuti jelajah PH bagi menarik lebih ramai pengundi sepanjang tempoh berkempen PRU14.

“Saya menawarkan kepada Dr Mahathir, saya akan jelajah satu Malaysia bersamanya untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap Dr Mahathir.

“Apa yang dikatakan Najib itu perlu diperbetulkan, saya tahu itu kekuatan saya. Sebelum ini Umno guna saya untuk ikut ceramah satu Malaysia.

“Tetapi, hari ini saya berjanji, bersumpah walaupun sekali Umno sembah saya untuk jadi penceramah Umno, saya tidak perlukan dedak.”

Ummi yang mempunyai perniagaan sendiri turut berikrar membantu bekas perdana menteri itu dari segi kewangan untuk berkempen pada PRU14.

“Saya akan sumbangkan rezeki bisnes saya untuk perjuangan Dr Mahathir kerana saya tahu dia berpaksikan kebenaran,” katanya.

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Kita bagai haiwan jika tiada rasa hormat, kata Tunku Mahkota Johor

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share