Tun Dr Mahathir Bin Mohamad melakukan rutinnya solat Jumaat di Masjid Negara KL - Foto ihsan The Malaysian Insider

oleh Dr Mahathir Mohamad

Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak Ada Apa yang Nak Disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta.

Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun?

Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka sama ada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawa juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab.

YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun.

Tanya fasal kehilangan berbilion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.

Ya, saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini.

Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

Kepada Allah SWT saya serahkan diri saya.

DR MAHATHIR MOHAMAD perdana menteri keempat yang kini sekali lagi dicalonkan ke jawatan itu oleh Pakatan Harapan.

Nota Ana Ghoib: Seeloknya Najib beralah meski beliau pernah mengakui berminat menjadi PM kerana itu kerja yang disukai – namun ini bukan soal suka tapi bakat dan polisi kamu kebanyakannya salah dan menghakis hidup rakyat.

Bak kata Khalifah Umar al Khattab tidak ada kebaikannya orang yang tidak menyukai nasihat apatah lagi dari orang lebih tua – kalian mengejek pula orang tua yang bercakap benar?

Sedang sudah puas Tun Mahathir memberi nasihat sebelum krisis bermula – jika Najib berkeras enggan beralah seperti Yang Dihormati Pak Lah – Malah Najib berselindung di sebalik demokrasi maka tidak ada jalan lain Tun Mahathir melawan kamu sampai tiba ketetapan tuhan. – Inil hukmu Illa Lillah – Keputusan menetapkan (sesuatu HUKUM) hanyalah hak Allah.

Moga diri mereka patriot itu menurut perintah dan pesan Rasulullah bahawa jangan meminta-minta bertemu musuh tetapi apabila kalian bertemu – ‘teguhlah’.

Dia lah Hakim yang seadil-adilnya. – (Yusuf 12:80)

Telah berfirman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). – (A-li’Imraan 3:200)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: LAWAK kedudukan terkini Najib kalah 0-3 kepada Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Video penuh Tun Mahathir Wacana Sinar Harian – “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACA: Annuar: Pembangkang kecewa Najib lebih bijak, tidak menari ikut rentak Tun Mahathir

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan bersubahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share