Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mohon maaf dan mendakwa kenyataannya hanya gurauan untuk menaikkan semangat pemuda BN Rembau. – Foto Sinar Harian

SEREMBAN: “Kadang-kadang kita bergurau, tapi tafsiran orang yang mendengarnya berbeza. Kalau saya memang nak bawa budaya samseng atau menyerang sesiapa, saya tidak akan bercakap di khalayak seperti itu”.

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung ucapannya yang disalah tafsir pembangkang kononnya membawa budaya samseng dalam Majlis Pelancaran Bridge Gempur Pemuda BN Rembau, di Rantau baru-baru ini.

Menurutnya, ucapannya itu sekadar mahu membangkitkan semangat golongan pemuda BN untuk lebih ke hadapan dalam menjawab segala fitnah yang dilemparkan terhadap parti itu, tetapi tidaklah sehingga mendorong budaya samseng.

“Apa yang saya cakap ‘terbalikkan meja’ itu lebih kepada kiasan saja supaya pemuda ini gempur dan buat sesuatu jika ada dengar fitnah atau apa saja tak benar yang dilemparkan pihak lawan, bukannya sampai perlu nak bergaduh.

“Ramai yang tahu saya selalu bergurau, tapi tak tahulah jika penyampaian saya kali ini tak betul. Jika orang salah tafsir apa yang saya cakap, saya minta maaf. Tapi bukan itu maksud saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, pagi tadi lapor Sinar Online

Beliau turut menegaskan yang dia tidak berniat untuk membawa budaya samseng atau menggalakkan keganasan dalam berpolitik kerana itu bukan cara Umno.

Malah beliau tidak dapat menghalang jika pembangkang mahu membuat laporan polis dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya.

MB NEGERI SEMBILAN ORANG PERTAMA PATUT DITANGKAP POLIS KERANA MAHU CETUS KEKECOHAN PILIHANRAYA

oleh Shahbudin Husin

Berikut adalah antara kata-kata yang jelas menghasut dan berbentuk hasutan yang dilafazkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan ketika melancarkan jentera gerak gempur Pemuda BN Rembau yang turut dihadiri oleh Khairy Jamaluddin di mana videonya telah tersebar dengan meluas di media-media sosial:-

“Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia.

“Kena tangkap dengan polis, saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang.”

Tidakkah kata-kata di atas merupakan hasutan yang terang lagi nyata?

Kalau pun agak tertekan dengan kemungkinan BN kalah di negeri itu dan beliau akan hilang kuasa, apakah wajar kata-kata sedemikian dilafazkan?

Begitukah budi bahasa, adab dan pekerti seorang ketua kerajaan negeri?

Cuba juga perhatikan wajah dan air muka Mohamad Hassan ketika melafazkan kata-kata itu, apakah boleh dipercayai ia sekadar gurauan dan mahu melawak saja?

Jika semalam Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang mahu mencetuskan provokasi, kekecohan dan huru-hara dalam pilihanraya akan datang, orang pertama yang seharusnya diambil tindakan tidak lain ialah Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Penulis Shahbudin Husin – Foto FMT

Kata-kata beliau jelas menghasut dengan menggalakkan ahli Pemuda UMNO untuk mencetuskan kekecohan, menterbalikkan meja dan sedia menjamin mereka jika ditangkap oleh polis.

Apakah Mohamad Hassan fikir negara kita ini negara komunis yang tidak memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara?

Apa dan di mana salahnya bagi rakyat mengkritik kerajaan di kedai-kedai kopi sehingga perlu beliau mengarahkan ahli Pemuda UMNO menterbalikkan meja mereka?

Zahid Hamidi…jika benar serius mahu membendung kekecohan dalam pilihanraya akan datang, arahkanlah pihak polis agar menangkap Mohamad Hassan dengan kadar segera!!

Jika tiada tindakan, dibimbangi lebih ramai yang berani merangsang keganasan dengan kata-kata hasutan yang serupa.

Lagi pun, difahamkan, laporan polis juga sudah pun ada dibuat mengenai tingkah laku dan luahan kata-kata menghasut oleh Mohamad Hassan itu.

Maka, perlu tunggu apa lagi?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel pertama kali disiar di blognya ShahbudinHusin tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK TERKINI: Saya tua, Najib masih muda, kepada Allah SWT saya serahkan diri saya

KLIK BACA: Jawapan Tun Mahathir ketika lakukan kejutan hadir Wacana Sinar Harian: Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACA: Annuar: Pembangkang kecewa Najib lebih bijak, tidak menari ikut rentak Tun Mahathir

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan bersubahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share