Kapten Vladyslav Voloshyn dalam satu gambar di lapangan terbang Mykolaiv pada 2016. – Gambar BBC News, 20 Mac, 2018.

Seorang juruterbang tentera Ukraine yang dipersalahkan oleh Rusia dalam insiden pesawat Malaysian Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014, dilaporkan membunuh diri, lapor BBC News.

Kapten Vladyslav Voloshyn yang selama ini menafikan tuduhan Rusia itu, ditemui mati dipercayai selepas menembak dirinya di rumahnya di Mykolaiv, berhampiran Black Sea.

Penyiasat Belanda sebelum ini dalam keputusan laporan siasatannya menyimpulkan peluru berpandu BUK dari Rusia yang dipindahkan melalui sempadan sebelum kejadian, dilancarkan dari sebuah padang di timur Ukraine yang dikawal pemberontak pro-Rusia, dan mengenai pesawat itu.

Tetapi laporan itu tidak mengatakan pihak yang bertanggungjawab melepaskan tembakan, dan Rusia berulang kali menafikan penglibatannya.

Pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai, 2014 di kawasan bergolak di timur Ukraine, ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Semua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 itu maut.

BBC News melaporkan Ukraine menyifatkan Voloshyn sebagai wira perang.

Beliau pernah membawa 33 pesawat dalam misi perang menentang pemberontak pemisah yang disokong oleh Rusia di timur Ukraine, dan pernah dianugerahkan pingat keberanian.

Baru-baru ini, Voloshyn, 29, bertugas di lapangan terbang Mykolaiv selepas meletak jawatan daripada tentera udara.

Polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook berkata kematian Voloshyn dianggap sebagai bunuh diri, tetapi ia masih disiasat di bawah kesalahan “kematian yang direncanakan”.

Sepucuk pistol tentera ditemui di tempat kejadian.

KLIK BACA: Pakatan akan pecat pegawai kerajaan lindungi Najib, kata Mukhriz

KLIK BACA: Memalukan sindiran MSNBC rampasan Equanimity akan menyumbang kekayaan Amerika – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Saya rasa 1MDB sendiri bogelkan diri sebab tak tahan kepanasan – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share