Najib kena sedar dia pun ‘tua’ juga macam Tun Mahathir

995

Calon perdana menteri ketujuh Malaysia Tun Dr Mahathir yang hampir berusia 93 tahun mempamerkan kemampuannya memandu dalam cuaca buruk hujan lebat dan petir di Kuala Lumpur petang semalam dalam video yang dimuat naik bekas wartawan kanan Firdaus Abdullah.dan tabah.

“Jangan mudah menyerah kalah dengan pelbagai cabaran yang kunjung tiba. Perjuangan kita mesti diteruskan. Hanya kita yang boleh menyelamatkan Malaysia kita,” tulis keterangan pada klip video tersebut yang dianggap respon kepada sindiran usia dan keupayaan Dr Mahathir.

Malaysiakini melaporkan semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lahir pada 4 Januari, 1953 kini berusia 65 tahun menyindir Dr Mahathir sebagai calon PM Harapan.

Kata Ahmad Zahid, beliau akan bersara daripada politik sebelum berusia 93 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lahir pada 23 Julai, 1952 kini berusia 64 tahun pula sering sinis merujuk Tun Dr Mahathir sebagai orang tua.

“Kita fikir masa depan Malaysia, masa depan Malaysia bukan di tangan orang yang berusia 93 tahun tetapi masa depan Malaysia adalah di tangan kerajaan yang ada pada hari ini, insya-Allah,” katanya dipetik BH pada 15 Mac lalu.

Nota Ana Ghoib: Oleh kerana orang kita beragama Islam sudah macam budak-budak mengejek tua-muda kerana berebut kuasa agaknya – sedangkan mereka sama-sama tua.

Baca takrifan tua di laman web JPA Pencen di bawah.

Dasar Warga Tua Negara: Tua adalah mereka yang umur melebihi 60 tahun dianggap sebagai ‘tua’.

‘Tua’ boleh dilihat dari segi psikologikal, biology atau functional (atau kebolehan berfungsi) Contoh Dr Mahathir, berumur 70-an tetapi berfikir dan bersifat seperti orang muda yang berwawasan tinggi serta kreatif.  – Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan – JPA

Nota ringkas: Dr Mahathir kelapa tua banyak santannya.

Berbanding dua biji kelapa yang tak berapa banyak santan jika ada pun banyak pula kolesterol yang boleh menyumbat jantung nadi batang tubuh negara.

Bukan soal tua muda tetapi samada kamu boleh ‘perform’ sebagai lelaki ketua keluarga contoh umpamanya.

Jika si lelaki menjadi suami kaki hutang, joli, gadai harta, mencukai gaji anak bini, kaki gertak, perguna kawan-kawan sebagai perkakas, bawa kawan ke rumah merosak sistem dan keharmonian rumahtangga.

Maka natijahnya tiada lain melainkan anak isteri seisi keluarga kena hukum lelaki tadi dengan UNDI cerai. Ada faham?

Tak bercampur ikhlas dan sombong, salah satunya harus pergi…

Kalau kelapa-kelapa ini sedar diri insaf dan berdamai baguslah jika tidak?

Firman Allah: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. – (Al-Baqarah 2:193)

Berkali-kali kita berusaha membangun kesolehan, berkali-kali pula kita terjatuh dalam kesalahan namun janganlah hendaknya diri berputus asa dan putus harap.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Pakatan akan pecat pegawai kerajaan lindungi Najib, kata Mukhriz

KLIK BACA: Kontroversi doa PAS yang dibaca Ustaz Dusuki untuk hancurkan ‘pakatan jahat’?

KLIK BACA: Memalukan sindiran MSNBC rampasan Equanimity akan menyumbang kekayaan Amerika – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Saya rasa 1MDB sendiri bogelkan diri sebab tak tahan kepanasan – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share