Mohamed Hanipa Maidin mengulas niat baik penubuhan dan cadangan penutupan 1MDB selepas melunaskan ribuan juta ringgit hutangnya. – Foto ihsan Free Malaysia Today

oleh Hanipa Maidin

Heboh di media, KSU Perbendaharaan yang juga merangkap Pengerusi 1MDB (sekarang orang gelar “1Malaysia Debt of Billions”) dilaporkan berkata 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya selesai dibayar.

Seorang pemimpin parti sarkas yang juga seorang Ahli Parlimen pula dilaporkan berkata 1MDB bermula dengan baik (niatnya baiklah gitu), kemudian difitnahkan, ditelanjangkan dan digodak.

Kata pemimpin itu juga, 1MDB juga berjaya menyelesaikan sebahagian hutang serta tidak ada sebarang hutang jangka pendek.

Komen saya anda mungkin boleh tutup 1MDB, tapi saya tidak fikir anda boleh tutup bau busuknya yang sudah merebak di seluruh dunia.

Tidak apalah. Anda buka 1MDB. Selepas itu, ia cipta skandal demi skandal, masalah demi masalah, hutang demi hutang. Setelah berlaku itu semua, anda kata tak pe lah, kami nak tutup 1MDB.

Mudahnya. Jawapan kami, insyaAllah jika PH menang dan berjaya tadbir Malaysia, kami akan buka semula fail 1MDB, siasat semula skandal 1MDB untuk lihat semula macam mana semuanya berlaku, dedah kepada orang awam, dakwa mana-mana pihak yang perlu, dan jika bersalah anda pun tahu nasib mereka kan?

Anda kini akui 1MDB hanya selesai sebahagian hutangnya, itu pun hutang jangka pendek. Nak tanya sikitlah, yang sebahagian hutang lain pula, macam mana?

Yang hutang jangka panjang, macam mana? Bagi tahu lah, macam mana anda semua bayar sebahagian hutang yang berjangka pendek itu? Anda bayar dengan keuntungan pelaburan 1MDB ke? Jika ya, pelaburan apa?

1MDB ditubuh dengan niat yang baik. Itu tak payah sebut pun orang tahu. Jika dari awal niatnya dah tak baik, dari awal lagi kami dah godak!

1MDB difitnah dan ditelanjangkan? Hebatlah.

Satu -satunya entiti dalam dunia ini yang dikatakan difitnah dan dibogelkan tetapi, dalam masa yang sama ramai pihak yang terlibat dengan entiti itu telah ditangkap, disaman, dibicarakan dan dimasuk penjara, disita aset yang dibeli dengan wangnya, ringleadernya bersembunyi hingga kini, hanya IMDB sahaja – tapi semua itu di luar negara lah.

Di negara ini, yang bising dipecat termasuk TPM dan Menteri, dibubarkan badan yang nak siasat dan lain-lain.

Saya rasa 1MDB ni dia sendiri yang bogelkan dirinya sendiri sebab tak tahan kepanasan!

Akhirnya, saya ingin cadangkan pemimpin yang kata 1MDB itu difitnah dan ditelanjangkan, dengarlah pembentangan mendalam dan terperinci dari dua peguam senior di Amerika, Loise F. B Burke dan Thomas R. Ajamie mengenai skandal 1MDB dalam satu persidangan antarabangsa ”Offshorealert Conference ” di Hotel Ritz Carlton, US pada 2.5.2017. [Video SINI]

Allah lebih tahu.

*Mohamed Hanipa Maidin adalah Ahli Parlimen Sepang yang juga merupakan seorang peguam.

KLIK BACA: BN kalah PRU kali ini, kita sebagai rakyat akan bahagia selama-lamanya

KLIK BACA: Kegilaan Pekan mulanya sokong kemudian hapus subsidi perkenal GST kini konon anjur jualan murah – Rafizi Ramli Parlimen

KLIK BACA: Rakyat lebih menderita jika Najib kekal berkuasa – Mahathir PM ke-7

KLIK BACA: Najib jangan buat-buat tak faham, bermudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat – Dr Dzul

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share