Stormy Daniels dan Donald Trump. – Foto NewYorkDaily News

Pelakon porno Stormy Daniels akan hadir ke mahkamah pada 12 Julai dalam usahanya bagi membatalkan perjanjian yang menghalangnya untuk membincangkan mengenai hubungan sulitnya dengan Presiden Donald Trump, menurut dokumen mahkamah yang diterbitkan pada Rabu.

Peguam Michael Avenatti memfailkan tuntutan undang-undang bagi pihak Daniels pada minggu lalu bagi membatalkan penyelesaian sulit yang ditandatanganinya beberapa hari sebelum pilihan raya November 2016 berlangsung.

Tindakan undang-undang itu mendakwa bahawa Daniels, yang nama sebenarnya ialah Stephanie Clifford, memulakan “hubungan intim” dengan Trump pada musim panas 2006 hingga 2007.

Salinan dokumen penyelesaian yang difailkan di Mahkamah menunjukkan Daniels menerima sejumlah AS$130,000 daripada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Essential Consultants LLC sebagai balasan untuk beliau menutup mulut.

Pada Rabu, Wall Steert Journal menerbitkan butiran dokumen timbang tara yang difailkan pada 22 Februari di California dan ditandatangani Jill A. Martin, seorang pegumam Trump Organization.

Dokumen itu, bertujuan untuk menghalang Daniels daripada membincangkan hubungan tersebut, merupakan kaitan pertama antara syarikat Trump dan usaha untuk menutup mulut Daniels.

Rumah Putih menafikan sebarang hubungan seksual antara Trump dan Daniels – yang menawarkan untuk memulangkan semula AS$130,000 yang diterimanya bagi membolehkan dia “bercakap bebas dan terbuka mengenai hubungannya dengan presiden dan usaha untuk menutup mulutnya.”

Daniels turut memohon kepada mahkamah untuk membenarkan segala pesanan ringkas, gambar dan video berkaitan presiden untuk diterbitkan, kata Avenatti dalam surat kepada peguam Trump Michael Cohen.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk dia menceritakan kisahnya dan untuk masyarakat umum menilai siapa sebenarnya yang bercakap benar,” kata Avenatti pada minggu lepas. – AFP, 15 Mac, 2018.

KLIK BACA: Rakyat lebih menderita jika Najib kekal berkuasa – Mahathir PM ke-7

KLIK BACA: Siapa polis cuba lindungi dalam kes 1MDB, soal Tony Pua

KLIK BACA: Najib jangan buat-buat tak faham, bermudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat – Dr Dzul

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share