Ahli politik DAP, Lim Kit Siang sudah menghantar email meminta ahli Parlimen Switzerland menyokong usul dibentangkan dalam Parlimen negara itu untuk memulangkan kembali RM430 juta didakwa milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dirampas daripada bank di negara itu.

“Saya sudah menghantar email kepada ahli Parlimen Switzerland meminta mereka menyokong usul itu,” katanya hari ini, menambah yang matlamat akhir adalah menyalurkan kembali sebahagian daripada wang yang didakwa dirompak daripada dana pelaburan Malaysia itu.

Lim berkata dana itu adalah untuk “manfaat rakyat Malaysia yang terjejas dengan skandal 1MDB.”

Parlimen Switzerland akan memperdebatkan usul memulangkan kembali wang korupsi pada Selasa, termasuklah CHF104 juta (RM430 juta) didakwa hasil rompakan dan penggubahan wang haram daripada 1MDB.

Wakil rakyat Switzerland, Sommaruga Carlo daripada Parti Demokratik Sosial akan membentangkan Usul 17.3547, penghantaran balik rampasan dana hasil korupsi kepada penduduk yang dirompak.

Lim, dalam satu kenyataan hari ini mengatakan, tidak “sesuai” untuk memulangkan wang didakwa dirompak daripada 1MDB itu kepada kerajaan Malaysia, kerana “ia terlibat secara langsung dengan skandal 1MDB.”

“RM430 juta wang berkaitan 1MDB yang dirampas dari bank Switzerland dan syarikat kewangan sewajarnya dipegang tabung amanah bagi manfaat rakyat Malaysia.

Lim menambah yang “juga tidak wajar dan pincang moral untuk kerajaan Switzerland menyimpan wang tersebut untuk kegunannya sendiri kerana ia akan mencetuskan teladan yang buruk ketika dunia berada dalam era mahu mengisytiharkan dan korupsi sebagai jenayah antarabangsa.” – Source The Malaysian Insight

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – Melayu Umno 1MDB kleptokrat kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA: Selamat bersara Lim Guan Eng, ucap Najib

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya?

KLIK BACA: Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE