Universiti Islam Negeri (UIN) di Yongyakarta mengatakan tindakan itu untuk menyekat fahaman radikal menular dalam kampus. Pelajar perempuan berpurdah diberikan kaunseling dan perlu menanggalkannya jika ingin berijazah. – Gambar EPA, 7 Mac, 2018.

Sebuah universiti Islam di Indonesia dikecam kumpulan Islam dan aktivis hak wanita kerana mengharamkan pelajar perempuan berpurdah dalam kawasan kampus, tindakan yang diambil kerana bimbang ideologi radikal menular, lapor Reuters hari ini.

Laporan menyebut Universiti Islam Negeri (UIN) di Yongyakarta, Kepulauan Jawa menawarkan sesi kaunseling kepada 41 pelajar perempuan berpurdah malah diberi kata putus perlu membuka purdah sekiranya mahu berijazah.

Menurut Rektor UIN, Yudian Wahyudi proses radikalisasi termasuk pemakaian purdah menganggu proses pembelajaran dan tidak selaras dengan hasrat UIN mempromosi Islam moderat.

“Pelajar perempuan memakai purdah, dan kumpulan radikal, mereka menganggu proses pengajaran,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan konservatif, Front Pembela Islam (FPI) menyifatkan larangan itu “tidak masuk akal”, dan aktivis hak wanita mengatakan ia menyekat hak kebebasan wanita berpakaian.

“Memakai purdah adalah pilihan dan kita tak boleh masuk campur pilihan dan kebebasan mereka,” kata aktivis hak wanita, Lathiefah Widuri Retyaningtyas.

Indonesia adalah negara paling ramai penganut Islam di dunia, tetapi sejak kebelakangan ini tergugat dengan kebangkitan puak radikal Islam yang mengancam kepelbagaian agama dan budaya negara yang mempunyai lebih 260 juta penduduk itu.

Malah kajian terbaru menunjukkan hampir separuh pelajar sekolah dan universiti menyokong penubuhan sistem pemerintahan khalifah, mencetuskan kegusaran pihak berkuasa tentang berkembangnya pengaruh radikal dan militan Islam.

KLIK BACA: Rais Yatim kepada Salleh Keruak – Jho Low diburu 8 negara berkaitan 1MDB

KLIK BACA: Zahid mesti sedia angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, kata Mahfuz

KLIK BACA: Penerbit ‘Wolf of Wall Street’ setuju bayar kerajaan Amerika RM234 juta penyelesaian kes 1MDB

KLIK BACA: Setelah berjaya rampas Equanimity, Malaysia wajar minta bantuan Indonesia cari MH370

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE