Amerika Syarikat (AS) hari ini secara rasmi membuat kesimpulan Korea Utara mengarahkan pembunuhan abang yang juga pesaing kepada pemerintah negara itu, Kim Jong-un, dengan racun agen VX yang dilarang.

“Perbuatan ini penghinaan terhadap pendirian sejagat yang menentang penggunaan senjata kimia. Ini menunjukkan sifat Korea Utara yang melulu dan kita tidak boleh bertolak ansur dengan program nuklear mereka dalam apa bentuk sekalipun,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert.

Penemuan itu menjurus kepada satu lagi sekatan ekonomi AS terhadap Pyongyang, ketika rejim itu bersedia untuk mengadakan perbincangan menamatkan krisis nuklear dengan Korea Selatan.

Namun, tindakan menghidupkan semula kontroversi pembunuhan Kim Jong-nam atau Kim chol tahun lalu, yang disembur dengan agen kimia di mukanya oleh dua wanita ketika berada di klia2, boleh menggugat perbincangan yang mahu dimulakan.

Kim chol pernah dilihat sebagai bakal pewaris bapa mereka Kim Jong-Il, selain beberapa laporan yang mencadangkan China mungkin mempersiapkan Kim chol untuk menggantikan adiknya jika berlaku krisis.

Nauert berkata penyiasat AS yang beroperasi di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi 1991 dan Akta Penghapusan Peperangan 1991 mendapati pada 22 Februari lalu, Korea Utara harus dipersalahkan atas pembunuhan itu dan racun agen VX digunakan. – AFP, 7 Mac, 2018.

KLIK BACA: Zahid mesti sedia angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, kata Mahfuz

KLIK BACA: Penerbit ‘Wolf of Wall Street’ setuju bayar kerajaan Amerika RM234 juta penyelesaian kes 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share