Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa menemui lokasi tepat kapal layar mewah Jho Low, The Equanimity ketika sedang mengikuti aktiviti menyelam di Phuket tahun lepas, tulisnya di Facebooknya hari ini.

Rafidah mempersoalkan mengapa pihak berkuasa gagal menemui kapal layar itu jika ia boleh ditemui oleh seorang penyelam sepertinya.

“Saya kecewa bila membaca berita kapal layar besar itu disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali. Apa dah jadi dengan pihak berkuasa kita sendiri?

“Apakah kita memang tak pernah kisah untuk cari dan jejakinya? Atau apakah ada lagi skandal menakutkan di sebalik kapal layar itu yang belum didedahkan? Ada udang di sebalik batu?,” soal Rafidah.

Rafidah yang merupakan bekas menteri perdagangan antarabangsa ketika Dr Mahathir jadi perdana menteri berkata di mata dunia, kerajaan Malaysia dilihat tidak cekap dan tidak berkuasa apabila gagal mencari kapal layar yang terkenal di rantau ini.

Rafidah berkata beliau menemui The Equanimity menggunakan sistem pengenalan automatik (AIS) pada bot pengajar selam beliau.

“Saya pandu bot ke lokasi sebenar The Equanimity. Saya sendiri rakam gambar dan video kapal layar itu dari jarak dekat, termasuk bot penarik kecilnya di marina di Phuket pada sebelah malamnya.

“Kami, yang hanya penyelam, boleh buat. Kenapa pihak berkuasa kita tak boleh? Dengan semua kelengkapan dan rangkaian maklumat global mereka?”

Rafidah juga mengongsikan tiga keping gambar The Equanimity dan sebuah bot penarik kecil.

“Dan kemudian, ada pula yang kata tiada bukti menunjukkan pemiliknya memiliki kapal layar itu,” kata Rafidah, merujuk kepada kenyataan Salleh Said Keruak yang tiada bukti Jho Low pemilik The Equanimity.

KLIK BACA: Kerajaan bisu kapal layar Equanimity, kataTun Mahathir

The Equanimity didakwa DoJ milik Jho Low atau Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kapal layar mewah itu disita oleh pihak berkuasa Indonesia yang bekerjasama dengan Biro Penyisatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) di Bali, Rabu lepas.

The Equanimity yang berharga AS$250 juta atau 1 bilion itu dikatakan dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, yang juga sekutu Perdana Menteri Najib Razak dan turut dikatakan telah membuat keputusan penting 1MDB di awal penubuhannya.

Tidak lama selepas polis Indonesia menahan Equanimity dan anak kapalnya, Jho Low melalui jurucakapnya berkata tindakan itu sebagai keterlaluan kerana DoJ masih belum membuktikan ada sebarang salah laku berkait dengan kapal layar itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak pula dilapor berkata tiada bukti menunjukkan kapal layar itu dibeli menggunakan dana 1MDB.

Susulan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menyelar Salleh dengan berkata menteri itu mempunyai “ilmu ghaib” dan disebabkan itu beliau lebih mengenali “Jho Low” daripada Jho Low sendiri.

“Dia kata kapal itu bukan Jho Low punya. Tapi Jho Low kata dia punya.

“Jadi Salleh Keruak ni dia tahu lebih pasal Jho Low daripada Jho Low sendiri,” kata bekas perdana menteri itu semalam lapor The Malaysian Insight.

KLIK BACA: Kerajaan bisu kapal layar Equanimity, kataTun Mahathir

KLIK BACA: Dapat Jho Low saya nak perah keluar duit, tapi mesti undi PH – Tun Mahathir

KLIK BACA: Orang ambil dadah pun tahu Perdana Menteri adalah pegawai awam, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Umno lebih sayang Jho Low dari Robert Kuok? 

KLIK BACA: Bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara – Mahfuz

KLIK BACA PENJELASAN: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share