Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim menegur Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho adalah pemilik kepada kapal layar mewah Equanimity yang dirampas di Bali.

“Menteri komunikasi cepat sangat menidakkan kapal mewah Equanimity bukan milik Jho Low. Seeloknya tunggu dulu.

“Jho Low dah menuduh Amerika (Syarikat) dan Indonesia keterlaluan.

“Jelas sudah, Jho Low berkepentingan,” tulis beliau di Twitter malam ini.

Salleh berkata laporan rampasan kapal itu yang mengaitkannya dengan Low adalah ‘berita palsu’.

Manakala itu, ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho melalui jurucakapnya dilaporkan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai ‘keterlaluan’ selepas kapal layar mewahnya dirampas pihak berkuasa di Bali, Indonesia pada 28 Februari lalu.

Rais Yatim yang juga mantan menteri kabinet turut mempersoalkan tindakan beria-ia untuk mempertahankan Jho Low.

“Kenapa beria-ia pertahankan Jho Low. Patut pertahankan keadilan,” kata beliau.

Kapal bernama Equanimity yang dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) merupakan antara aset yang diburu DOJ kerana didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.

KLIK BACA: Rafidah Aziz dedah jumpa Kapal Jho Low di Phuket tapi kerajaan tak dapat cari

KLIK BACA: Dapat Jho Low saya nak perah keluar duit, tapi mesti undi PH – Tun Mahathir

KLIK BACA: Orang ambil dadah pun tahu Perdana Menteri adalah pegawai awam, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Umno lebih sayang Jho Low dari Robert Kuok? 

KLIK BACA: Bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara – Mahfuz

KLIK BACA PENJELASAN: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share