Azmin mengalu-alukan perkembangan tindakan terhadap skandal 1MDB yang menyaksikan FBI dan Polis Indonesia merampas kapal layar Equanimity milik Jho Low yang selama ini bersembunyi. – Foto Selangor Press

Rampasan kapal layar milik Low Taek Jho bernilai RM1 bilion oleh pihak berkuasa Indonesia adalah tindakan yang sangat berbeza dengan kegagalan Malaysia untuk bertindak dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“Tajuk utama laporan berita Indonesia jelas menyatakan: Kapal Equanimity Dibeli dengan Uang Hasil Korupsi di Malaysia.”

“Rampasan kapal layar Equanimity menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 memberi gambaran apa yang berlaku dengan kemenangan Pakatan: Jho Low dan pelaku konspirasi kleptokrat akan dihadapkan ke muka pengadilan dan segala aset curi yang jumlahnya berbilion ringgit akan dibawa ke Malaysia dan dikembalikan semula untuk membantu rakyat.” tulis Azmin Ali.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa kapal layar itu dibeli Low dengan wang hasil rompakan dana pelaburan Malaysia yang bergelut dengan masalah itu.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low dinamakan oleh DoJ sebagai dalang rompakan berbilion dolar daripada dana pelaburan Malaysia itu.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengatakan kerajaan Barisan Nasional menafikan semakan kehakiman dilakukannya berkaitan kes itu tahun lepas. Semakan itu difailkan untuk mendesak ketua polis negara menahan dan mengekstradisi Low pulang ke Malaysia untuk berdepan tindakan undang-undang.

“Atas sebab itu, kita perlu mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum akan datang, kerana undi untuk perubahan itu adalah undi untuk keadilan,” katanya.

Manakala The Malaysian Insight melaporkan, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengatakan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali perlu memulakan tindakan mahkamah terhadap Low dan individu lain yang dipercayai terlibat dalam skandal 1MDB tanpa mengira pangkat atau jawatan dipegang mereka.

“Selagi Jho Low tidak dihadapkan ke mahkamah di Malaysia dan di mana-mana negara lain yang menyiasat skandal 1MDB, selagi itu persepsi keterlibatan Jho Low dan individu-individu lain dalam skandal penyelewengan wang 1MDB akan mengukuh,” katanya.

Fahmi berkata beliau percaya ramai rakyat Malaysia menyambut baik berita rampasan kapal layar itu.

“Namun, kita juga malu kerana ia menunjukkan bagaimana tindakan undang-undang berkaitan skandal 1MDB kelihatan hanya berlaku di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, Singapura, Luxembourg, Switzerland dan terkini Indonesia.

“Memandangkan Jho Low telah mengecam rampasan kapal mewah beliau, dan memandangkan rampasan tersebut dibuat atas dakwaan wang RM 1 bilion yang diguna untuk membeli kapal mewah diseleweng dari 1MDB, Jho Low sebenarnya perlu segera pulang ke Malaysia dan membersihkan nama beliau dengan menyerah diri untuk didakwa di mahkamah di negara ini.” katanya.

KLIK BACA: Dr Mahathir jantan lebih berani dari MO1, kata peguam Hanipa Maidin

KLIK BACAKenapa Najib diam RM400 juta bakal dirampas Switzerland, soal Tony Pua

KLIK BACA: Undang-undang harus menang bukan kejahatan, kata polis Indonesia kes rampas kapal Jho Low-1MDB

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

KLIK BACA: Kerana Peter Sondakh Indonesia, Felda Tersandar – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share