Low Taek Jho atau Jho Low melalui jurucakapnya menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai “melampau” selepas kapal layar mewahnya dirampas pihak berkuasa di Bali, Indonesia.

Kapal bernama Equanimity yang dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) merupakan antara aset yang diburu DOJ kerana didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.

“DOJ menghentikan prosiding pelucuthakan aset dalam kes ini dan masih tidak mengambil langkah untuk membuktikan ada kesalahan berlaku.

“Maka amat mengecewakan apabila DOJ meneruskan langkah keterlaluan di peringkat global ini berbanding melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan.

“(Langkah DOJ) segalanya berdasarkan dakwaan salah laku yang tidak disokong (bukti),” kata jurucakap Jho Low seperti dipetik New Straits Times malam ini.

Jurucakap itu berkata Jho Low tidak sabar menunggu “fakta sebenar” dibentangkan di mahkamah dan ia akan menunjukkan kes DOJ “tidak memiliki asas sama sekali”.

DOJ mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB dan mengambil langkah menyita aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa diperolehi menggunakan wang itu.

Penglibatan DOJ dalam isu tersebut ekoran wang itu “dicuci” melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Badan itu memfailkan penangguhan sementara rampasan aset tersebut yang dibuat melalui saman sivil berikutan kes jenayah isu sama yang sedang berjalan.

Gambar carian Google – Tajuk berita MetroTVNews

Polis Indonesia dan FBI merampas Equanimity di perairan Bali selepas memantaunya selama lapan hari.

Polis Indonesia mendedahkan mereka membuat persediaan lapan hari untuk menyelaraskan siasatan terhadap kapal layar mewah hartawan kontroversi Malaysia Jho Low sebelum merampasnya hari ini.

Pengarah ekonomi dan jenayah khas polis republik itu Agung Setya berkata penyelarasan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) itu dibuat sejak 21 Januari lalu.

“Kita berkoordinasi dari tanggal 21 terkait dengan investigasi dilakukan FBI.

“Dan kita kemudian telusuri terkait dengan targetnya, kapal Equanimity. Sudah diberitahukan melalui mahkamah Amerika (Jabatan Keadilan) kapal ini jadi aset hasil kejahatan.

“Aset ini adalah aset hasil kejahatan sudah kita sahkan. Secara legal kita sudah pastikan – kita sudah jalankan investigasi di sini.

“Orang yang menyembunyikan aset hasil kejahatan boleh didakwa melakukan pengubahan wang haram,” katanya seperti dilaporkan TV tempatan Metro TV.

KLIK BACA: Dr Mahathir jantan lebih berani dari MO1, kata peguam Hanipa Maidin

KLIK BACAKenapa Najib diam RM400 juta bakal dirampas Switzerland, soal Tony Pua

KLIK BACA: Undang-undang harus menang bukan kejahatan, kata polis Indonesia kes rampas kapal Jho Low-1MDB

KLIK BACA: Kapal Jho Low dirampas Indonesia, Malaysia pula gagal bertindak, kata Azmin

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

KLIK BACA: Kerana Peter Sondakh Indonesia, Felda Tersandar – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share