Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Pehin Dr Awang Abdul Aziz Juned, berkata kebanyakan kerajaan itu terkubur berikutan penasihat curang dan tidak berani memberikan nasihat yang benar.

“Perkara ini berlaku kerana kesilapan dan kesalahan umara [pemerintah] memilih, ditambah dengan sikap penasihat curang serta orang berilmu yang penakut dan tidak berani menegakkan kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja utama pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertema ‘Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara’ di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini, hari ini lapor BHOnline.

Dari sudut kepemimpinan dan kekhalifahan, katanya, ulama serta umara sama-sama berperanan dan tidak wajar mengambil sikap saling menyendiri.

“Kedua-dua pihak selamanya terikat oleh kepentingan. Malah, mereka mesti selamanya duduk bersama.

“Adalah salah jika mereka berpecah atau ada pihak lain memisahkan kedua-duanya. Jika mereka terpisah, maka akan berlakulah kepincangan,” katanya.

Awang berkata, di tangan kedua-duanya, terletak kebaikan mahupun keburukan untuk umat yang dipimpin, dengan ulama berperanan membimbing serta menasihati, manakala umara melaksanakannya.

“Ulama adalah sebahagian daripada syiar agama Allah dan untuk itu, mereka mesti terus unggul, hebat serta tidak lembik.

“Hari ini, dengan kehendak Allah juga, masih ada ulama berhati singa, berani berkata kerana benar dan sanggup tampil membetulkan yang bengkok serta mencegah kemungkaran walaupun risikonya sangat tinggi.

“Tindakan itu memungkinkan mereka diseksa atau dipenjara, dibuang negeri, malah ada juga yang dihukum bunuh,” katanya.

Nota Ana Ghoib – Thoha Putrajaya *Perhatikan betul-betul firman Allah di bawah mengenai orang yang diberi amanah dia main ikut suka hati kerana merasa darjatnya lebih tinggi dari orang lain maka salah dan dosa hanya terkena kepada orang lain atau rakyat bawahan bukan dia.

Firman Allah: Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (mereka berdusta). – (A-li’Imraan 3:75)

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:109)

Thoha Putrajaya – Tentang orang-orang melayu yg jalannya terpesong kerana muslihat politik pemimpin.

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. – (An-Naml 27:14)

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur’an). Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui. – (Al-Qalam: 44)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh….

KLIK VIDEO: Swiss mahu rampas wang RM400 juta milik 1MDB yang dibekukan

KLIK BACA: Hampir semua rakyat hidup dalam takut pada Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahfuz Omar: Indeks rasuah negara jatuh merudum, perasuah kekal MO1

KLIK BACA: Najib dan Mahathir bertanding di Putrajaya, pertarungan kalah mati siapa menang jadi PM

KLIK BACA: Najib biasa datang jumpa saya tanya apa yang saya hendak. – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share