Serangan bom oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar Assad di wilayah pemberontak Syria di Ghouta Timur “melampaui imaginasi”, kata penyelaras PBB di Syria. – Foto VDGC

Al Jazeera melaporkan dalam dua hari sejak Isnin 250 orang maut akibat serangan udara dan darat tentera Syria

Lebih 50 kanak-kanak adalah antara yang mati, menurut aktivis. Kira-kira 1,200 orang cedera.

Penduduk berkata, peluru berpandu dan mortar jatuh seperti hujan di kawasan awam.

Noor dan Alaa di dalam video di atas ialah antara 400,000 orang awam yang terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta.

“Tolonglah selamatkan kanak-kanak Ghouta, sebelum terlambat,” rayu Noor dalam video tersebut.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE