Malaysia, Israel dan Yahudi: Benteng Sudah Pecah?

oleh A Kadir Jasin

NEGARA Yahudi Israel mengaku yang Malaysia adalah “country tough to crack”. Dalam bahasa Melayu, “negara yang sukar ditundukkan’.

Adakah Malaysia telah akibat tekanan Israel?

Jadi mereka cukup gembira apabila seorang diplomat mereka, David Roet (Daud Roet), dan dua orang yang lain menghadiri persidangan habitat Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akhbar Israel, The Jerusalem Post, melaporkan pada 13 Februari [gambar, atas] bahawa Malaysia yang amat kuat dasar anti-Israelnya telah membenarkan penyertaan delegasi Israel hanya setelah negara Yahudi itu mengenakan tekanan diplomatik yang sampai hingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Pokok pangkalnya Malaysia tunduk kepada tekanan Israel itu. Satu gol untuk Israel, kosong untuk Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan para penasihat serta penyokongnya – termasuk Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang – mungkin gembira menjadi tuan rumah persidangan itu.

Tetapi adakah mereka sedar implikasinya? Mungkin ia dan mungkin tidak.

Pengajarannya ialah persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan PBB boleh menjadi laluan untuk Israel/Yahudi menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Roet memberitahu akhbar itu bahawa Israel berjuang mati-matian untuk menghantar wakil ke persidangan itu atas dasar bahawa adalah menjadi tangggungjawab Malaysia sebagai penganjur membenarkan peserta daripada semua negara anggota PBB menghadirinya.

Persetujuan Malaysia jadi duluan

“Kita menuntut apa yang menjadi hak kita,” kata Roet sambil menambah yang tindakan Israel itu menjadi duluan (precedent) bagi negara-negara lain yang menjadi tuan rumah persidangan yang berkaitan dengan PBB.

Persidangan UN Habitat yang akan datang pada tahun 2020 akan diadakan di Abu Dhabi. Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi pada tahun 2008 Israel berjaya membuka pejabat perwakilan Pertubuhan Antarabangsa Tenaga Boleh Baharu di Abu Dhabi.

Sejak itu ia menggunakan perwakilan tersebut untuk melakukan lawatan diplomatik dan memperluaskan hubungan dagang dengan UAE dan negara-negara Arab berdekatan.

Kesimpulannya, benteng pertahanan Malaysia pecah apabila ia menjadi tuan rumah persidangan UN Habitat dan dengan itu terpaksa tunduk kepada tekanan Israel dalam rangka perjanjian PBB.

Menurut The Jerusalem Post lagi, inilah kali pertama dalam masa 53 tahun seorang diplomat Israel berjaya melawat Malaysia. Kali terakhir ialah pada tahun 1965.

Kali ini Israel berjaya memecahkan tembok anti-Israel Malaysia dengan menggunakan pintu belakang.

Jadi eloklah kita lebih berhati-hati dengan kegiatan antarabangsa kita kecualilah kita sengaja membuka pintu belakang untuk menjalin perhubungan dengan negara Yahudi itu.

*Datuk A Kadir Jasin adalah bekas ketua pengarang NST dan merupakan tokoh wartawan negara.

Nota Ana Ghoib: Rasuah dalam agama berasal dari mengubahnya kepada cakap-cakap sahaja dan penampilan. – Imam Ghazali

Keberanian seseorang sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat. – Amirul Mukminin Syaidina Ali.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Apakah Hadi mahu tegur Najib soal diplomat Israel?

KLIK BACA: Israel di hati Najib, dulu lantik APCO penasihat kini benarkan Diplomat masuk Malaysia – Mahfuz Omar

KLIK BACA: Kalau betul Nazri kurang ajar kerana Dr Mahathir ajar, tapi kenapa bekas menteri lain tak kurang ajar?

KLIK BACA: Habislah Najib, EU boikot minyak sawit PRU BN terjejas

KLIK BACA: Tun M sahaja boleh selesai hutang negara di bawah Najib, kata Shafie Apdal

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share