Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menggesa Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan tuduhan memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil. – Foto BeautifulNara

SHAH ALAM: “Lebih baik dia segera tampil ke depan sebelum polis memburunya,” tegas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Beliau memberi amaran itu kepada penyanyi kumpulan Innuendo, Taj Addin atau Ahmad Tajuddin, 40-an, untuk tampil bagi membantu siasatan kes membabitkan pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari.

Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu individu itu yang belum tampil memberi kerjasama sehingga kini.

“Laporan polis itu sudah dibuat dan polis perlu menyiasat kesahihan laporan berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

“Jika dia masih gagal tampil, saya akan memaklumkan tindakan seterusnya kepada media,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini lapor BHOnline.

Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan ganja dalam minumannya menyebabkan beliau berkelakuan ganjil sehingga mendorongnya menyerang polis dan orang awam, 11 Januari lalu.

Pada 6 Februari lalu, Sofi Jikan tampil memberi keterangan dan ditahan reman selama tiga hari pada keesokan harinya selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Polis kemudian memberi tempoh 24 jam kepada dua lagi individu, termasuk Taj supaya tampil memberi keterangan berkaitan laporan Farid itu.

Kelmarin, pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklanan beribu pejabat di Johor Bahru, Ahmad Fairuz Ahmad Rusli, 47, atau Osh, tampil memberi keterangan berhubung dakwaan Farid itu.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari, Farid dilaporkan ke Balai Polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter, Farid secara tiba-tiba dikatakan menampar muka petugas polis lelaki berusia 24 tahun yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Pelakon itu juga dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

KLIK BACA: Siapa Sri Mulyani FM terbaik dunia apa cabarannya untuk Malaysia?

KLIK BACA: Jamal Yunos biadab suruh Tun Mahathir taubat

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

KLIK BACA: Bersangka baik pada Najib atau Najib kena berperangai BAIK?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE