Hamid Gurkha dan Sulaiman Yassin antara penggiat seni yang menunaikan umrah dibawah kelolaan Yayasan Perdana Ummah yang diterajui Datuk Rizal Mansor. – Foto ihsan Datuk Rizal Mansor

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penggiat seni terutama golongan veteran akan dihantar ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, kata Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor.

Katanya, Yayasan Perdana Ummah akan memastikan usaha ini berterusan susulan kejayaan menghantar seramai 23 penggiat seni antaranya Hamid Gurkha, Aida Agil, Baharuddin Kahar dan ramai lagi.

Jelas Rizal, kesemua 23 penggiat seni ini dihantar menunaikan umrah sejak 26 Januari lalu dan selamat kembali ke tanahair dua hari yang lalu antaranya Ibnor Riza, Sulaiman Yassin, Zaiton Sameon, Zaharah Mohd. Yacob atau Sahara Yaacob dan Zaleha Hamid.

“Saya sempat berseloroh dengan Pak Hamid Gurkha dengan mengatakan akan memanggil beliau sebagai Pak Hamid Mekah selepas ini, sebagai ganti kepada gelarannya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor Astro Awani.

Sebelum ini Rizal dilaporkan berkata usaha menghantar selebriti ke Tanah Suci itu sebagai merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan umrah.

Penggiat seni yang dihantar menunaikan umrah ini dipilih oleh satu jawatankuasa yang membuat penilaian berdasarkan segi kewangan, kemampuan fizikal dan tidak mempunyai larangan ke luar negara.

KLIK BACA: 1MDB taja haji mana dapat sumber duit, soal Kadir Jasin

KLIK BACA: Lembu, rakyat Malaysia mangsa sebenar NFC, kata Rafizi

KLIK BACA: Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

KLIK BACA: Najib lebih parah berbanding Marcos, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

KLIK BACA: Bersangka baik Najib isu makam Rasulullah atau Najib kena berperangai BAIK?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE