Ular sawa gergasi yang ditangkap di Bintulu, Sarawak semalam.

BINTULU – Penduduk di bahagian ini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa gergasi ‘anakonda’ di sebuah kawasan hutan di Kelawit, Tatau di sini semalam lapor Kosmo!.

Reptilia gergasi sepanjang kira-kira 7.16 meter dan berat mencecah 200 kilogram itu ditangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira pukul 5 petang.

Ular sawa gergasi tersebut kemudian dibunuh dan dibawa balik ke rumah panjang untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi ditangkap di Sarawak.

KLIK BACA: NFC rugi ratusan juta, hanya Rafizi yang salah dipenjara siapa nak jawab?

KLIK BACA: Tanpa GST kita bina macam-macam, HAPUS boleh kurang beban rakyat – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE