Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang turut dikenali dengan minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi menerima sebuah replika kayu motosikal Harley-Davidson daripada pemimpin masyarakat India di negeri itu.

Replika yang turut diukir logo jata Johor itu dicetuskan oleh pemimpin masyarakat India, S Deva dengan bantuan rakannya yang merupakan pemilik syarikat perkayuan yang berpengalaman.

Replika seberat 500 kilogram yang mengambil ukuran sebenar motosikal buatan Amerika itu diukir sepenuhnya menggunakan kayu yang diimport dari Indonesia.

Difahamkan, replika itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada baginda di Istana Pelangi, Johor Bharu, 7 Februari lalu.

Replika motosikal itu juga dipercayai mengikut model motor Harley Davidson yang dimiliki Sultan Ibrahim iaitu motor Harley Davidson baginda yang mempunyai corak harimau.

Menurut S Deva, hadiah itu dibuat khas untuk Sultan Ibrahim yang menurutnya sorang yang sangat prihatin dengan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama.

“Impian saya selama ini untuk menghadiahkan baginda replika Harley-Davidson kerana baginda memang dikenali mempunyai koleksi peribadi dan saya juga telah dijemput menyertai rombongan Kembara Mahkota Johor sejak lima tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga pernah menerima replika kereta Fred Flinstones yang dihadiahkan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadiah itu diberikan kepada baginda kerana minatnya terhadap kartun berkenaan.

KLIK BACA: Penjelasan Kadir Jasin isu BNM beli tanah mahal, 1MDB dan Jho Low

KLIK BACA: NFC rugi ratusan juta, hanya Rafizi yang salah dipenjara siapa nak jawab?

KLIK BACA: Tanpa GST kita bina macam-macam, HAPUS boleh kurang beban rakyat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Bersangka baik Najib isu makam Rasulullah atau Najib kena berperangai BAIK?

KLIK BACA: 1MDB taja haji apa kata menteri agama, mufti dan ulama, soal Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share